Namun aku punya HATI.
Sampai saat ini aku masih terngiang-ngiang suara sumbang berkata tentang aku. Aku agak terkilan mendengar sindiran sinis, mak cik..kawan-kawan aku..terkilan dengan sikap mereka. Sehingga hari ini aku menahan rasa sesak yang mengigit-gigit, tebal kulit muka setiap kali ada diantara mereka bertanya aku ambil jurusan apa..Penting sangat kah pada mereka aku mengambil jurusan perguruan atau jurutera atau doktor??kenapa jurusan seni yang aku ambil dipandang sinis sedemikian rupa.
”Aik..Sekolah seni?kau nak jadi apalah nanti bila keluar?artis?!pelakon??pengarah filem? Ada masa depan ke masuk pengajian seni tu..bagus tukar la, ambil jururawat ke, berhenti belajar jadi kerani lebih baik..atau mohon jadi guru tadika!Buat malu je masuk universiti ambil bidang seni tu.”
Rasa sakit, malu aku pendam dalam diam. Aku rasa seperti berdendam pada semua yang memandang hina pada seni.Jauh dilubuk hati aku..aku telah sedikit demi sedikit menanam rasa marah..marah pada mereka yang hanya tahu menghina, memandang sinis bidang yang aku ambil. Aku cuba siram rasa dendam dan marah dengan membuat segala latihan seni dangan bersungguh-sungguh. Walau marah dan sedih aku cuba tutup dengan istigfar dan bersikap diam diri, tunduk merendah kebumi..tetapi bisikan-bisikan keluhan selalu menusuk..
Sehingga saat ini aku menanam azam untuk mendapatkan kejayaan mengubah nasib aku dan keluarga aku. Mungkin aku bukan datang dari keluarga yang senang. Ayah aku pegawai trafik, mak aku....entah lah lama tak nampak dia. Aku cuma kenal mak tiri aku sekarang. Selama dia hidup bersama kami, dia berniaga kecil-kecilan membantu abah menampung kehidupan kami sekeluarga. Walaupun aku sering terasa dengan cemuhan mulutnya, aku cuba memahami keadaan dan berdiam. (Banyak benda berlaku selama aku hidup dengan mak tiri aku ni. Tapi semua itu aku tutup rapat dalam hati..)Aku sedar aku bukan orang senang, jadi salahkah aku nak mengubah nasib keluarga aku menjadi lebih baik?(dengan bidang seni yang aku sayangi)
Aku pun nak jadi anak yang baik. Tahu mengenang jasa ibu bapa, tahu mengenang susah payah abah aku kerana berpanas demi mencari nafkah untuk mengisi perut kami sekeluarga. Dulu aku sangat sedih sebab abah juga seolah-olah membelakangi aku, masa aku mengambil bidang seni sebagai jurusan di Universiti rautnya seolah-olah mengeluh. Pada abah lebih baik aku memilih jurusan kedoktoran atau perguruan. Mungkin nampak lebih ‘bijak’ atau lebih menjamin kerjaya-dimatanya..Tapi aku juga punya hati, aku juga ingin memilih tentang apa yang aku suka dan inginkan. Secara acuh tak acuh dia merelakan aku masuk bidang seni. Riak wajahnya jelas menidakkan kemahuan aku. Seboleh-bolehnya aku ingin abah memahami apa kehendak hati aku, apa pilihan hati aku..
Tiga tahun...akhirnya dah tiga tahun aku berada kat sini, nak masuk tahun akhir dah tapi dia tak pernah bertanya keadaan aku..Aneh kan? Aku sering dibisik hasutan kecewa dan keluhan. Mungkin abah aku sibuk atau mungkin dia tak pernah terfikir tentang kewujudan aku? Seingat aku sepanjang aku di Universiti dia tak pernah nak tahu apa masalah aku, apatah lagi bertanya aku cukup atau tak duit untuk beli buku..Pernah sekali dia bertanya aku punya duit untuk makan atau tak. Aku dengan nada tersekat berkata “ada..jangan risau.” Padahal sekeping duit pun aku tak ada. Selama ni dengan karya seni aku mencari duit poket sendiri. Aku ikut persembahan teater, persembahan tarian malah menjual hasil lukisan aku demi meneruskan kehidupan aku.
Bagi aku tak guna aku mencari seseorang untuk mengadu nasib kerana aku tahu nasib aku tak lah seteruk mana. Banyak Semua masalah aku telan dalam-dalam..
Tuhan, aku dah memaafkan abah. Seboleh-bolehnya aku tak mahu berpikir tentang hal itu lagi, tapi hati aku ni terlalu lemah bisikan-bisikan kecewa tetap mendesak hatiku..
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)