Friday, February 12, 2010

RASA TERTEKAN??



Apabila berhadapan dengan masalah lazimnya diri diselubungi dengan tekanan, malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:



 Bersabar dgn segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya.”(Luqman:17)



 Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman allah yang bermaksud; “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)?”Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang benar-benar beriman dan nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta”(al-‘Ankabut: 2-3)



 Setiap masalah ada hikmahnya seperti dapat mengurangkan dos. Nabi SAW bersabda, maksudnya: ”Tidaklah orang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)




 Kesulitan,kesempitan dan masalah akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah.”Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”



 Adanya masalah, kesakitan, dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran



 Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: ”Sesiapa dikehendaki Allah baginya, akan diberikan cubaan kepadanya” (Hadis riwayat al-Bukhari)



 Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan kecil daripada masalah yang dialamioleh orang lain.



 Menyedari hakikat kehidupan tidak lari daripada masalah, Cuma bezanya Cuma kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya masalah besar cubalah dapatkan meerka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.



“Ya, Allah..Limpahkanlah rahmatMU dan sejahterakanlah olehMU keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat-sifat..””

MENGAPA HARUS BERSEDIH?


MENGAPA HARUS BERSEDIH?




Saudara, Allah benar janjiNya. Allah telah menetukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Kalau kita akur banyak mana yang Allah ambil, dibandingkan dengan banyak mana yang Allah beri kepada kita.Firman Allah:



“kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya.”

(Ibrahim 14: 34)



Mata, telinga, mulut, tangan kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang disekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, keluarga, sahabat handai, alam sekitar, haiwan peliharaan..segalanya cukup.



Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurniaNya..mengapa harus berdukacita?Mengapa harus bersedih?bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah beri sesuatu yang lain.Tidak mustahil.



Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menetukan segalanya.Yakinlah.(Firman Allah): “Jangan takut,jangan berdukacita” (Al-‘Ankabut 29:33)



Saudara, kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah diri, masalah itu dan ini seta sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.



Mengapa perlu bersedih?Bukankah kehidupan ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? HIDUP BERMAKNA KITA BERDEPAN DENGAN MASALAH.Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.



Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita degil, anak kita nakal, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan dan sebagainya. Saudara bukankah itu mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT.



Ya, katakanlah anak kita degil, anak kita suka melawan, anak kita tidak mendengar cakap. Lantas kita berusaha untukmendidiknya, untuk mengajarnya, untuk mengasuhnya dengan yang terbaik. Kita beroleh pahala dari Allah SWT.



Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar.. Sebab itu mujahadatun-nafs – melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.



Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan menggangu dan menyesatkan bani Adam, dia akan menggoda bani Adam, dia akan menyesatkan bani Adam. Mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi, adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.



Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kit. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.



Saudara/i..Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.



(Dairi Islam) .Dr Badrul Amin Bahron, Jangan Bersedih: Zikir munajat & Tazkirah, 2006, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms27-29)

Thursday, February 11, 2010

BILA CINTA BERTASBIH

Antara Dialog dalam ceta 'Bila Cinta Bertasbih' (aku ubah sikit tapi tak lari dari dialog sebenar) yang menarik aku dengar..

"Marhar..?"
"Saya ingin mengutarakan syarat untuk pernikahan ini.."

Syarat 1
"Keseluruhan diri saya akan menjadi halal kalau dipenuhi oleh org yg mahu bernikah dgn saya, Saya harus tetap tinggal disini."(tempat tinggal orang tuanya)

"Saya mahu dinikahi.Tapi dgn syarat..selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajipan saya sebagai seorang isteri maka suami yg mahu menikahi saya tidak boleh bernikah dengan wanita lain."

-"Adakah syarat itu bukan mengada2"(ibu bapa pihak lelaki)

"Tidak.Para ulama telah membahaskan perkara ini panjang lebar."

"Syarat yang saya ajukan adalah sah-diperkatakan bukan mengharamkan poligami"

"Dibahagian mana perkataan saya yang mengharamkan poligami yang dibolehkan al-Quran??"

"Kalau org yang bakal menjadi suami saya ingin menikahi 4 orang sekaligus perempuan,silakan..itu hak bakal suami.dan tiada masalah buat saya.
Tapi itu ertinya bukan saya... yg mjadi salah satu isteri yg mahu menikahi saya."

"Persyaratan saya bisa dianalogikan misalnya, selama bernikah suami saya tidak boleh makan jagung.. Kerana saya tidak suka baunya..
Lalu apa itu bererti saya mengharamkan jagung??”

"Saya Cuma mengajukan syarat yang bagi saya bermanfaat buat saya dan anak2 saya. Dengan syarat sebegini bakal suami tidak dirugikan..Sebab bakal suami hanya tidak boleh bernikah dengan perempuan lain selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sebagai seorang isteri.Kecuali kalau saya sakit menahun (period) dan tidak bisa menunaikan kewajiban sebagai seorang isteri..silakan suami saya bernikah lagi.."

"Maaf.Saya tidak pernah membaca atau mendengar mana2 ulama mengatakan syarat sedemikian rupa!"(pihak lelaki)

"Baik..Tunggu sebentar.Saya bawakan kitab tersebut."

"Hal itu diperbolehkan oleh para ulama-kitab Juz 7 dari karya kitab al mufni karya al-quddamah (halaman 93.."

”yang WAJIB dipenuhi adalah syaratnya manfaat dan memberi faedah kepada isteri, misalnya sang suami tidak akan mengeluarkan sang isteri dari rumahnya atau dari kampungnya..tidak berpergian atau membawanya atau tidak akan menikah atasnya..syarat seperti ini wajib ditepati oleh suami untuk isteri..jika suami tidak menepati maka isteri berhak minta dihapuskan nikahnya” (pihak lelaki membawa kitab yg dibawa)

"Hal seperti ini diriwayatkan dari Umar bin al-Khatab r.a dan Saad Bin Abi Wakad, Muawiyah dan Amru bin As"(pihak lelaki.Terdiam)

"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..
Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu..sungguh saya tidak haramkan poligami, tapi inilah syarat yang saya ajukan, jika dipersetujui akad nikahnya bisa dirancang untuk dilaksanakan..jika tidak disetuju tidak apa-apa, silakan bakal suami yang ingin menikahi saya menikah gadis2 lain yang mungkin bersedia tanpa mengajukan apa2 syarat,,,"

Tuesday, February 9, 2010

Kerana Aku punya SEPASANG MATA.

"Mata tu anugerah..Kita kena jaga mata kita...yo. Seumur hidup ni kita hanya ada sepasang mata sahaja. Susah kalau kita tak jaga mata kita elok2. Kalau kita buta, tak boleh melihat keindahan yg Allah jadikan, orang2 yang kita sayang..kita akan menyesal..Anugerah tu kita kena terima..dan bersyukurlah sebab ko masih punya mata..”kata seseorang pada aku..

“Tau tak?Waktu kita lahir ke dunia, sebenarnya pendamping kita jua lahir..Pendamping tu dipanggil Qar’in” .Lebih kurang mcm tu kata-kata seseorang pada aku..

“Hmpph..percaya Bunian tak?” aku cakap...tersekat2..

“Dia yg mencipta segala kejadian..DIA yang Maha Mengetahui apa yang ada dihadapan dan belakang manusia...sedang manusia ni tidak mengetahui sedikitpun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. DIA yang Maha mengetahui apa yang terjadi dan akan terjadi..Dan tiap-tiap sesuatu itu, terjadi atas kehendak dan izin dariNYA.Siapa yang berhak memberi pertolongan di sisi Allah tanpa izin dariNYA? “

“Yo.. Allah tu Maha Pencipta,Maha Agung..kursi (kekuasaan) Allah itu meliputi langit dan bumi, dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar..” sambungnya..

Aku faham.Aku tahu semua tu..kata2 dia mengingatkan aku pada ayat kursi..

Tapi kerana aku punya sepasang mata...aku menjadi sangat takut....

Anugerah??
Anugerah 'mata'???(Aku takut....)
Anugerah Pendamping?(Aku takut...)

Aku bukan siapa-siapa!....Aku takut...Aku kalau boleh dikategorikan..mungkin akulah yang tergolong dalam manusia yang paling rugi sebab aku kosong dalam ilmu agama....Keluarga aku tak sama macam keluarga orang lain.. yang di didik mengaji, sembahyang..semua keperluan agama..semua aku cari sendiri...Setiap kali aku solat, aku mesti nangis semahunya..aku nangis aku peluk Quran sekuat hati aku..Aku Cuma nak belajar..pedih rasanya dalaman aku...macam ditoreh toreh.......tak siapa mengerti... bila merangkak, mencari..dalam gelap..Ya,Allah kau tunjukkanlah aku cahaya kebenaran..Bantu aku Ya,Allah.Bantu aku Ya,Allah..Aku perlu bimbingan seseorang untuk mendidik aku. Dalaman aku kosong..Aku sunyi.Sunyi yang amat..Aku Cuma teringin mencari sesuatu yang benar-benar aku perlu..sebab aku rasa teramat kosong disini...

”jiwa”

Hati,jiwa.. aku kosong..sebab itu aku mencari...tapi perlukan aku diuji begini......??

Untuk apa aku punya anugerah mata ini kalau ianya yang boleh memesongkan akidah aku?menakutkan aku??Aku tidak rasa ia anugerah..tapi satu celaka..
Anugerah boleh membuatkan aku takbur..jika aku terlalu taksub ingin melihat dan mencari..boleh melihat ‘benda’ tu..kemahuan antara kepastian dan aargh~!!huhu Astagfirullah al’Azim...

aku tak tahu apa-apa..tapi kenapa kadang-kadang aku terasa boleh aa...........Astagfirullah......aku lemah..ya,Allah..sepasang mata anugerahMU..

Aku tak suka benda ni jadi kat aku.!Aku mengeletar!!Aku lemah..Aku tak pernah meminta..bukan kemahuan aku..Astagfirullah al'azim..jauh sekali nak menganggu..cuma kenapa aku diberi peluang 'ternampak'..benda-benda macam ni??aku rasa..macam separuh badan aku ni hilang....aku tak tau apa nak buat??..

Aku takut..gila tak rasa takut..?!.badan aku tak boleh terima melihat kejadian dan benda2 asing ni..dan ini bukan sekali dua aku melihat mendengar....dah berkali-kali..Hari ni aku nampak lagi. Kenapa??Aku tak nak....aku tak mahu.....Ya,Allah..huhu..tapi kalau dah ternampak??aku nak buat camna..huhu..Ya,Allah kenapa aku diuji lagi.. (jam5.00 am)

******************aku sedang mendengar********************************

Astagfirullah al'azim...Berdebar jantung aku bila aku menaip entry ni Ya Allah..Aku percaya kewujudan makhluk selain manusia..kenapa aku diuji lagi? (*baru sekejap tadi azan subuh)

aku ternampak ***** sebelum azan..anugerah sepasang mata ini..sebelum sebelum ni..aku Cuma nampak sesusuk bentuk..tidak berrambut..tidak bertangan..tidak berkaki..Cuma sesusuk tubuh..aku sendiri tak pasti apa ‘benda’ tu? Yang menguatkan lagi kewujudan makhluk tu bukan manusia bila aku terpandang benda tu ‘melayang’ seolah-olah mengheret badan dan terbang...(yang pasti adakah manusia terbang??sudah pasti bukan manusia kalau tidak berkaki dan tangan,hatta berrambut..huhu) dan hilang sekelip mata...pernah dulu hentakan demi hentakan kepala aku dengar bertalu2 menghempas kat pintu tandas OKU..lepas tu aku dengar jeritan..kemudian dengar tangisan..lepas tu segala hilaian tawa terjerit..mengilai mengilai mengetawakan aku kebetulan aku mendengar yassin....(aku bukan kuat untuk terima benda2 asing ni...aku lemah....aku sangat takut..) lepas tu..aku nampak..’dia’ asyik berdiri disitu..entah??aku tak pasti apa dia...yang pasti aku tahu itu bukan manusia!Sebab hati aku akan berdegup kencang dan badan aku akan mengeletar kalau aku perasan sesuatu yang lain....aku pernah lihat benda berbungkus..Logiknya ditengah malam adakah orang yang seberani itu berseorangan dan berbungkus..???

Yang pasti baru sekejap tadi, di blok depan bangunan aku ni...sekali lagi, aku terlihat sesusuk tubuh dengan juraian rambut panjang.... ‘ benda’ tu perempuan...’dia’ asyik naik turun tangga..!Ya,Allah...kenapa mesti aku yang melihat dengan sepasang mata yang Kau anugerahkan ni?? kelakuan ‘dia’ sangat pelik...Dah la keadaan sekeliling gelap! Tak kan lah ada perempuan berani dalam waktu2 begini nak turun seorang diri? yang buat aku bertambah PELIK tangga tu tak habis dia turun, dia naik balik..lepas tu turun balik...dan aku Cuma nampak KEPALA..aku tak nampak langsung muka dia...Ya,Allah.mana separuh badan dia?? Astagfirullah al’Azim....Mata aku sedang menipu aku ka?!!seluruh badan aku mengeletar!Cepat2 aku tutup langsir..Aku tak pecaya apa yang aku nampak..Ya,Allah Betulkah apa yang mata aku nampak ni???...

Blok depan aku..huhuhu....sebenarnya aku nampak dah lama dia kat tangga tu..Cuma kadang-kadang dia ‘ada’ berdiri..Cuma berdiri disitu dan tempoh yang agak lama..dan kadang-kadang tak ada kat situ sekelip mata..entah??...dan aku sendiri tak pasti..Apa sebenarnya dia??

******************aku sedang mendengar********************************

Dan semakin asyik aku mendengar..degupan aku makin kencang..Ya,Allah..apa bunyi ni??ada sesuatu yang aku tak fahami disini.....Aku berkhayalkah ketika melihat benda tu??

Terus terngiang2 kata-kata seseorang yang selalu bg nasihat pd aku (*lecture aku;Dr.Andy)

"Dalam islam dah bgtau, hijab pancaindera akan di angkat Allah semasa kita dalam keadaan yang sangat lemah fizikalnya untuk melihat imam kita. Ini terbukti kalau tubuh kita berada di tahap yang lemah sumber galian seperti kurang makan, kurang tido, pancaindera akan gagal berinteraksi dengan baik kpd otak"

Kadang-kadang hijab pancaindera akan dibukakah..pada mana aku yakin aku dalam keadaan tidak letih, tidak mengantuk....??aku rasa aku cukup makan-kenyang sbb aku buat kerja smbil makan tadi?..Aku ber..Halusinasikah??

Tak!aku yakin..mata aku nampak 'benda' tu!!Aku nampak..Cuma bila aku terdetik dan perasan benda tu sangat asing dan bukan manusia aku terkejut..Aku tutup langsir!tak ada keberanian untuk terus melihat benda tu..kalau 'dia' terbang pegi blok aku mcm mana??huhuhuhu.....'benda' tu..dah lama sangat berdiri di tingkat dua tue untuk sekian lama..kadang dia ada..kadang2 dia tak ada.(aku sedar kewujudan dia..kadang2 aku terpaksa buat tak nampak..sbb aku takut..huu~)....Bangunan depan blok aku ni memang 'sangat lain'..tu ja aku boleh gambarkan situasi ni...


Hari ini aku berfikir, selamatkah aku??kena pulak didatangi bendera merah,arrgh~..Teringat kejadian pelik pernah terjadi pada aku..Dulu aku pernah mintak nasihat dan berjumpa PakLah atas bantuan team PK, seluruh betis paha ni pernah lebam kebiru-biruan lepas shooting di hutan UluYam.. aku heran jugak napa bleh lebam dan biru..walhal aku tak jatuh, atau rasa sakit..??cuma hairan paha aku ada tompok lebam warna akan biru...Masa kena suruh berubat tu (honestly aku agak susah nak pecaya..tapi aku ikhlaskan hati..dan blajar menerima perubatan tradisional perlu dlm mghalau benda2 yg ghaib yang kita tak nampak dgn mata kasar..)Berubat secara tradisional?..tak da la complicated.Aku cuma duduk dan seluruh kaki aku kena urut, urutan dia Cuma tekan pada urat saraf tertentu, lepas tu ditarik kebawah hingga hujung jari kaki.. lepas tu seluruh jari2 kaki aku dan tapak kaki ditekan. Aku masih terasa mcmna ibu jari kaki aku rasa mcm nak tercabut!Ya,Allah!!PakLah ckp dia xtarik pun ibu jari kaki aku, dia sentuh je ibu jari kaki aku..pegang jer. Memang betul dia pegang jer, tapi entah pelik??Sakit bukan main!dia cakap sentuh?aku rasa mcm kuku tu mencengkam dan picit kuku ibu jari kaki aku sekuat hati..gila sakit!!Aku memang menjerit...Semua yang berlaku depan mata aku,dan aku dalam keadaan sedar..PakLah cakap kalau sakit,takpe jerit je...gilerr aku memang rasa sakit bila ibu jari tangan PakLah pegang ibu jari kaki aku..huhu..Yang tue pengalaman aku berubat..tapi aku dalam keadaan sedar? Bukan mcm dlm cerita tv..atau Utube..

aku Cuma nak ceritakan apa yang aku rasai..alami..Lepas berubat..aku kena suruh minum air jernih segelas, Pesanan Paklah,nnt lepas mandi yang segelas lagi kena suruh sapu pada seluruh badan pastu amik air wudhuk then solat..Alhamdulillah esok semua lebam2 hilang mcm tu je..Pelik kan??

Tue jer..setiap kali aku full moon paha aku mesti akan ada tanda lebam2 biru.....org ckp hantu hisap..aku susah nak percaya..tapi..huhu..napa ada lebam biru??Bab kebersihan aku memang sangat jaga....sekarang nie..aku da abes fullmoon,Kira takleh solat lagi..aku kena musibah ni plak..huhuhu Ya,Allah......situasi ni buat aku tak tenteram!


*********aku masih mendengar bunyi tu sekarang..badan aku mengigil.***.*********


Mengeletar tangan aku (‘benda’ tu berbunyi lagi..Aku tak dapat nak explain bunyi yg mcm mana...Aku takleh nak terangkan..ntah..??.Aku Cuma boleh ckp dia ‘berbunyi’..or bunyikan sesuatu yg ntah..huhuhu) Aku tak ada keberanian buka langsir..... badan aku terasa longlai, jari jemari mengeletar x berhenti2 sekarang..huhuhuhu Ya,Allah..baru aku sedar......
mula-mula tadi masa aku duduk seorang kat ruang tengah, pintu utama pintu luar terbuka sbb kipas kat ruang tengah tak berfungsi..cntact lense aku terasa perit jadi aku buka..aku dengar something kat luar, tapi tak tau apa??then hati rasa tak selesa.....sambil online aku trus buat tak hirau...lama2..ada mcm tgh orang bercakap2..Aku tgk jam subuh da..jam4....hmm...lain jer perasaan aku....pastu silih berganti bunyi kat tandas.....hati aku dah tak senang..Aku bangun,tutup pintu kunci.Angin ‘semacam’ sentuh kulit lengan aku seblah kiri...Aku dapat rasa ‘panas’ seblah kiri aku.Aku toleh kiri..”Apa perasaan ni?napa lengan seblah kiri aku tiba2 panas?jari aku mcm terasa sesuatu...”Aku terus tutup pintu.Aku pindahkn semua brg2 aku laptop, gelas..kertas2 masuk bilik duduk meja Rozie,seblah tingkap...........lepas tu.......ntah,jiwa tak tenang.......laju je tangan aku bukak langsir.

Astagfirullah!Ya Allah!!!!
Mata aku membeliak bulat..tak tau nak terkejut atau nak jerit??!Aku nampak..sesusuk tubuh dengan juraian rambut panjang....ya,Allah!Apa benda ni???kelakuan asing dia buat jantung kencang berdegup laju!!kuatnya ‘perasaan’ aku cakap “PONTIANAK!” Astagfirullah ad’Azim...(Lindungi aku ya,Allah..huhu) kelakuan ‘dia’ sangat pelik... ’dia’ asyik naik turun tangga..yang lebih pelik.. tu tak habis ‘dia’ turun tangga tingkat 1 tu, dia naik balik..lepas tu turun balik..(ulang alik huhuu..ya,Allah mengerikan...).dan aku cuma nampak KEPALA separuh badan..aku tak nampak langsung muka dia!Aku xpasti adake tak muka?sebab rambut tu menutupi keseluruhan semuanya..dalam keadaan takut dan terkejut, aku terus tutup langsir!!

Aku terus pegang,peluk tangan Rozie yg tengah tido kat katil!!Rozie terbangun,separuh sedar tengok aku. Dia tanya kenapa?Aku cuma tercakap..”aku..aku nampak..” Rozie bangun..dia tenangkan aku.Dia Tanya aku apa aku nampak...aku tak terluah..aku kelliru..terkejut..Mungkin dia faham,sebab aku cuak gila aku takuut!huhuhu...(Ya,Alah lindungi aku..Lindungi hambaMU ni ya,Allah) sebab aku dah tak tahan..aku takut, aku gerakkan Rozie, aku tak mampu bersendirian lawan perasaan takut..aku kena kuatkan semangat..aku kena ada seseorang yang sedar..untuk kawal diri aku yang ketakutan...huhuuhu..


*******8lama 1minit kami terdiam,aku tercegat berdiri tgk langsir yg tertutup********


Aku pegang tgn Rozie..Aku beranikan diri tgk makhluk tu.Ya,Allah dia dah takda..cepatnyaaaa?!!!!kalau dia manusia mesti semapt nampak dia naik..atau turun..tapi takda?lesap mcm tu ja!!Luar gelap,Blok depan aku dan sekeliling lampu dah off...pelik....(Jam 5.45) bunyi tapak kaki berlari-lari..padahal gelap kat luar..Aku beranikan diri tengok luar lagi..huu...aku cuma nak kepastian..bunyi orang naik turun tangga!aku dengar lagi..aku bukak langsir..tengok luar(sebab ada rozie aku beranikan diri jenguk luar tingkap)...mengeletar tangan aku tgk luar..bunyi tapak kaki orang tengah berjalan-naik /turun tangga..yang PELIK,tak ada sesiapa kat tangga..huuuuuuuu...

"ko dengar apa yang aku dengar,zi??" aku ckp.
Rozie tgk aku..dia mengangguk..Rozie dengar tapak kaki

(5.52 am) Sangat gelap kat luar..semua lampu tutup..lampu tangga ja yg still buka..Makin kuat bunyi yang aku dengar ni..aku sendiri tak pasti bunyi apa..tapi rasa sangat dekat dengan tingkap seblah aku ni..(tingkap tak tutup) aku tak berani buka tingkap!!!bunyi tue mcm bunyi heretan..tapi aku tak pasti apa dia..bunyi tu pun dah cukup buat jantung aku ni berdebar2..huuhu..belum tengok lagi...aku terlompat kat tempat duduk pergi arah Rozie..huhuhu...Apa dia pun aku tak tahu..lemah jantung aku!!! Huu~aku speechless...huhuuhu...Alhamdulillah nak pagi dah.....aku beranikan diri ignore rasa takut ni.............*End*

Ya,Allah..Aku bersyukur aku ada mata boleh melihat orang2 yang aku sayang dan keindahan yang Kau ciptakan......Cuma aku takut utk menerima anugerah sepasang mata ni..Anugerah utk melihat.....huhuhuhu..takut..badan aku tak boleh terima..mengeletar.

Saturday, February 6, 2010

Yang sebenarnya..



Apa sebenarnya yang kita benar-benar mahu dalam hidup...
Ada yang berkata
”aku cuma ingin hidup lebih sempurna..”
tapi adakah diri kita sudah cukup sempurna
untuk hidup lebih sempurna?
Ada yang berkata
“aku cukup sekadar cukup hidup bahagia..”
Tapi tidak bertanya kepada diri
sebelum mendapatkan bahagia dari orang lain..
Adakah aku dapat memberi bahagia sebelum mengecap kebahagiaan?
Aku selalu bertanya benda ni pada diri aku..

Kadang kala aku cukup celaru nak menyusun hidup aku..
Kadang kadang bila aku rasa benda itu yang aku nak..
Bila fikir balik..rupanya bukan itu yang aku perlu atau nak..
Tapi itu keinginan dan keperluan orang lain..
Bila aku buat sesuatu atas kemahuan aku..
Tapi adakah benda tu benar-benar kemahuan yang aku ingin dari hati?
Atau aku sekadar menjayakan kehendak orang lain yang ingin aku
Bahagia atau berjaya?

Ada masanya aku cukup pasti dan sedar..
Adakalanya aku memang berbuat sesuatu demi seseorang
Dan aku buat demi kebahagian orang lain
Melihat wajah mereka yang tersenyum melihat aku
Bahagia mereka menjadi sebahagian
kebahagiaan buat diri aku...
dan aku puas..walaupun bukan untuk diri aku.

Aku keliru mana satu kemahuan aku?

Jauh di dasar aku sedar aku tersasar..
Keliru dengan kemahuan aku.
Keliru dengan kemahuan diri atau orang lain..
Aku tak tahu sama ada aku boleh mempercayai orang lain
Atau sesiapa sahaja..

Semakin aku kenal seseorang tu..
Bila mengenali mereka, aku dapat memahami
Tapi kenapa aku selalu dapat perasaan..
Seperti tidak lagi mengenali mereka seperti mana mula mula
Aku kenal mereka??
Adakah aku belum cukup kenal mereka..??
Aku aku terlalu kenal dengan diri mereka??
Tapi apapun jawapan..
Yang pasti
Tetap buat aku terluka..
Kadang kadang buat hati aku sedih...
Dan aku keliru..untuk apa aku bersedih?
Kenapa perlu aku rasa terluka..?
Aku Cuma......
Ntah...............
kadang kadang teruji dengan sikap sesetengah orang..
semakin kenal semakin seperti tidak mengenali...........

dulu bukan begitu...
macam mula mula kenal..
senyuman sangat ikhlas...
lama kelamaan senyuman tu jadi
hipokrit yang menghiris hati
buat aku bersedih.........
dan aku sendiri tak pasti untuk apa??

Mungkin sebab itulah wujudnya
Istilah menipu..
Agaknya?
Sebab..Manusia terkadang terpaksa memilih untuk menipu..
Dan aku antara orang orang yang suka menipu..
Menipu bila aku sebenarnya aku terasa..
Menipu bila sebenarnya aku suka..
Menipu bila aku sebenarnya sangat dan amat benci..
Menipu bila sebenarnya aku amat merindui..
Menipu bila sebenarnya aku marah..
Menipu bila sebenarnya aku sayang..
Menipu bila sebenarnya aku teramat sakit dan terluka
demi menjaga hati.........
jawapan yang selalunya ikut hati..
Ada jawapan jujur dari hati.
Yang adakalanya membuat aku kadang semakin lemah.
Terkadang semakin kuat.
Sampaikan aku penat...
putus asa....
Aku melangkah..
Perlukah untuk berada di tempat mereka
Baru aku merasa.....

Dan?
bila aku sedar rupanya,manusia semuanya..
sama..
persetankan perkataan jujur atau berkata benar..
sebenarnya kita tidak pernah jujur atau berkata benar...
kebenaran selalu menyakitkan dan melukakan..
lebih baik menipu demi menjaga hati.........
Aku menipu adalah untuk aku...
Untuk aku merasa hati aku..
Penipuan dosa?Itu sudah pasti.Aku tidak pernah menidakkan.
sebab pada aku..
sesiapa sahaja suka menyembunyikan sesuatu dari orang lain..
kita tak tahu apa sebenarnya yang diri mereka..
atau siapa mereka sebenarnya..
terkadang menipu adalah perkataan yang selamat..
Jangan persoalkan sampai bila..?
Sakit yang terpaksa menahan....
perlu dipertimbangkan....
Siapa pernah kisah atau ambil peduli kenapa?
Yang mereka tahu soal salah
Terus menyalahkan penipuan......
Tanpa perlu memikirkan sakit.......
Bukan sampai bila....
Tapi kesakitan..
Kesakitan menyembunyikan..
beban menanggung erti benar yang melukakan
memang bukan kehendak, tapi tiada pilihan..walau bisa memilih jawapan tetap terluka..
Bukan kebaikan diri tapi memuaskan hati yang mendengar
Mendengar apa yang perlu mereka dengar..
Pergi jahanam dan mampus bila ada yang berkata tak pernah menipu

Manusia..
pandai berbelit mengadakan cerita..
Perkara ni buat aku terkadang keliru
Sama ada perlu mempercayai orang
atau buat-buat mempercayai orang?
Berhati-hati?
kadang-kadang penat berhati hati...
Luka boleh saja sembuh tapi kesan kekal terasa bila teringat..

Persoalan macam ni agak remeh untuk difikirkan
Bagi sesetengah orang yang tak suka serabutkan otak..
Tapi pada mereka yang terfikir untuk berfikir
Benda begini terkadang sesuatu yang tak tergali
Tapi bila digali..ada manfaatnya..
Sekadar perkongsian tentang pemikiran yang celaru..
Kalau tak keluarkan kepala asyik berfikir.huuu~

p/s:
aku suka menulis tapi bukan puitis..sekadar terfikir..
Sesuatu yg mencuit hati aku
bila ada yg bertanya aku, untuk apa aku menulis?adakah untuk ditujukan pada sesiapa??
Jawapan aku Cuma begini.Aku cuma menulis sekadar suka-suka..
Terus orang tu menyampuk, mgkin ini yg dikatakan ilham?
Aku tergelak..Wlupun agak merapu..
aku sendiri tak dapat memastikan..
semua terpulang setiap individu,
pada yang menilai dan memahami melalui penyampaian aku.


Kalau A,pada mereka maka A la pemikiran mereka..
Kalau B,maka B la pemikiran mereka.Terpulang..

MOre personal in me..

Streess bila marah?


Kalau MARAH apa nak buat?kawan aku cakap ISTIGFAR bebanyak.kawan aku yang lagi satu cakap ko belasah je orang yang buat ko marah tu,pueh ati!Aku nak buat gak camtuh TAPI kalau orang tu orang yang kita dah anggap macam ayah sendiri..kawan sendiri..atau abang kita sendiri..nak belasah macam mana??kawan aku cakap g la amik air wuduk..hmmm..masalahnya aku nie agak keras hati wuu~tak hilang gak..cara aku kalau tengah marah aku banyak berdiam diri..(Salah.Patut kena luahkan?tapi tak leh..aku cuba bukan tak cuba) Masalah aku bila aku tengah marah aku tak leh tengok orang yang aku tengah marah tue..takut tambah MARAH+BENCI jadinya?? aku pergi jauh2...aku g somewhere yang leh menenangkan perasaan aku.

Hmm...............tempatnya?bergantunglah kat mana aku leh lepaskan geram..Nak jerit, lepaskan semua tapi nanti orang cakap aku gila plak..(apasal minah nie jerit2 kan?kan?) Aku sedar gak kalau aku marah aku susah nak bertegur sapa ngan orang sekeliling aku.AKU SEDAR...(aku diam, tapi pelik cara aku tue macam marah kat semua org je..huuh~susah btul..kalau aku bercakap gak aku lagi nak cari gaduh ngan semua,nanti tak pasal2 aku marah semua orang..tue la aku diam) Nasihat aku..kalau aku tengah marah,jangan paksa aku bercakap atau call aku..KONONnya nak explain wat happen atau nak tenangkan aku..kadang2 orang leh terasa ngan aku sebab aku buat tak endah...huhu..kalau marah aku selalu tendang pintu tak pun tumbuk benda.. (huhu..kena kurangkan~) Aku cuba kurangkan gak perbuatan yang violent nie..Aku selalu tak fikir sangat apa perasaan aku bila pukul memukul ni..(at least aku cederakan diri sendiri bukan orang lain?sakit tu aku yg rasa sendiri..huhuhuhu) tapi bila dah banyak bercakap ngan member2 yang amik berat tentang keselamatan diri aku..orang2 yg sayang kat aku selalu nasihat jgn wat benda tak elok nie…huhuu..aku sedar aku milik orang ramai, diri sendiri bukan bukan milik diri..jadi aku kurangkan sikap ganaz tue.. TAPI kan..bila aku tak pukul something..aku nanges tak berhenti pastu kepala aku jadi sangat sakit.Argghh.....konfiuus!!T_T maybe blogging sometimes help me a lots?somehow rasa…..lega…hmm..ntah laa…

BIODATA PELAKON SELENDANG MAYANG.(WATAK SELASIH)


Nama : Ayu Ruhaizah Bte Rosly

Nama Panggilan : YoYo

Nama Komersil : U.Haizah

Warganegara : Malaysia

Jantina : Perempuan

Status : Bujang

Email : yoyo_ice11@ yahoo.com/gabanvoice.blogpot.com

Maklumat Akademik : Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Seni Kreatif (UMS) dalam Bidang Teater dan Filem.

Pengalaman : Aktiviti dan penglibatan sepanjang 2007/2008/2009.

1. Showcase Paman Doblang ( Sandakan) (Penggerak) 2007
2. Festival Teater Sabah Penutupan ( Paman Doblang ) (Penggerak) 2007
3. Festival Teater Penutupan Kemerdekaan (Paman Doblang-Outdoor dataran Dewan Canselor) (Penari) 2007
4. Festival Petrosains StreetSmart Teater kanak-kanak (peringkat Sek.Rendah Zon Sabah) (Krew Teknikal Bhgn Lighting) 2007
5. Festival Tarian Konvo (Tanjung Aru) group Artums. (Penari) 2007
6. Festival Teater Peringkat Kebangsaan MAKUM (Pelakon-watak gadis) (2007/2008)
7. Festival Teater UMS-Final Projek Tahun 3 Titik-Titik Hitam (Pelakon-watak Dr.Agus/ Krew Teknikal bghn Protokol Induk) 2008
8. Festival Teater Kanak-Kanak (Krew Teknikal bhgn Jamuan) 2008
9. Festival Final Projek Teknik Lakon Tahun 2-Penunggu Pusaka (Krew Teknikal) 2008
10. Festival Karnival Kerjaya (Pelakon) 2008
11. Festival Final Resital Music (Krew Teknikal bhgn Protokol & Jamuan) 2008
12. Festival Graduan Tari Final Year Project (Krew Teknikal bhgn Kebajikan) 2008
13. Festival Anugerah HEP (Krew Teknikal/produksi G-teL mjadi jmptn khas Anugerah malam HEP/G-tel memenangi anugerah grup terbaik & aktif) 2008
14. Festival Petrosains Actology Teater kanak-kanak (peringkat Sek.Men Zon Sabah) (Krew Teknikal bhgn Protokol/Runner/jamuan) 2008
15. Festival Tari Pembukaan MASUM (SutraSari-Dewan Canselor) – penari 2008
16. Festival Tari Penutupan MASUM (SutrasSari-Stadium Kg.E) – penari 2008
17. Festival Tari Sempena Kaamatan KDCA (outdoor-SutraSari) - penari 2008
18. Festival Tari Sempena Craft&Art Excotic International-Muzium Sabah (outdoor-SutraSari) – penari 2008
19. Festival Tari kanak-kanak (Peringkat Sek.Ren)-outdoor Shan Tao(Krew Teknikal runner untuk Sek Ren Tebobon)
20. Festival Tari (Peringkat Sek.Men)-outdoor Shan Tao(krew Teknikal bhgn Tatarias untuk Sek.Men Tebobon)
21. Persembahan Pementasan Monolog- Skrip MamboHorse- penilaian asas lakon (2008-tahun1 sem2)-pelakon
22. Festival Debat IPT Alam Sekitar (malam Penutupan Debat Sketsa Spontanious/persembahan sketsa Rick dari Corona) –Pelakon 2008
23. Festival Konvo Tamu Gadang (Krew Teknikal-Ajk Pelaksana bhgn tajaan/runner baskstage/Pelakon-Betsy Hudson – Rick dari Corona ) 2008
24. Festival Kesenian Kemerdekaan-Paman Doblang (malam penutupan kemerdekaan) – Ajk Pelaksana/Krew Teknikal bhgn Protokol/Pelakon 2008
25. Persembahan pementasan Monolog-Skrip Bunuh (2008 tahun2-sem1) penilaian teknik lakon1.
26. Festival Dekon Ums/Sps (ajk Majlis Tertinggi Bhgn Pegurusan Kreatif-jawatan Pengarah) 2008.
27. Pementasan teater Paman Doblang (preview ke Singapore) pelakon 2008.
28. Festival MONODRAMA “BLACK BOX” anjuran USM-pulau pinang 2008 (pelakon)/menang anugerah skrip terbaik,wang tunai rm1000.00,trofi dan sijil penghargaan – 24 Disember 2008.
29. Festival Kebudayaan Etnik Sabah anjuran KEKWA dan HEP-pementasan sketsa selingan-mc (Pelakon) 7 Mac 2009.
30. Persembahan Pementasan Recital (Pelakon) Mac 2009.
31. Menghadiri Bengkel dan Kursus kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar-Membakut.-2009.
32. Mengadakan program sempena Free Palestine.No War.2009
33. Mengadakan program 360 World Hour bersama Majlis Perwakilan Pelajar.2009
34. Produksi Penerbitan Filem thriller WARIS DANAU RIMBA. Director Casting and Acting-April 2009.
35. Drama Radio-RTM Sabah (pencarian bakat baru)-pelakon drama radio 2009
36. Festival Kesenian dan Tarian-(di SMK Teknik) berkhidmat kepada SMK Tebobon-(make up artis)
37. Membantu mengajar latihan teater di Sekolah Rendah Tanjung Aru-bersama Tutor Teknik Lakon Pengajian Seni Pn.Tasia Arlina.(pembantu tenaga pengajar)
38. Filem pendek iklan dengan kerjasama pelajar tahun 2 Visual Teknologi (VT)-Iklan Levis –(pelakon)
39. Filem pendek iklan dengan kerjasama pelajar tahun 2 Visual Teknologi (VT)-Iklan Sound Audio.(pelakon)
40. Filem Pendek dengan kerjasama pelajar tahun 2 Visual Teknologi (VT)-tajuk ‘Cakap Besar’-genre seram (pelakon)
41. Casting untuk rancangan realiti Pilih Kasih-1Borneo . Moke up bersama krew Pilih Kasih (green screen UMS).
42. Pesta Deepavali 2009 bersama Exco Kebudayaan saudara Thipan Shanmugam- (pembantu penyelaras program)
43. Festival DEKON UMS IPTA 2009- penyelaras program
44. Menyertai Program Realiti Rancangan Pilih Kasih-pencarian bakat baru dalam lakonan (Rosyam Nor, Suhan Movies Production dengan kerjasama RTM dan TM.Net) Kuala Lumpur (Mei-Jul 2009)-peserta pertandingan (minggu ke-5) dan artis Suhan Movies Produ$ction House.
45. Menjadi pelajar dan merima khidmat tenaga pengajar daripada Rosminah Tahir-Dekan Aswara (monolog-pelakon), Erma Fatimah (Teater Muzikal),menjalani sesi latihan selama 3bulan di Istana Budaya, Along Kamaluddin (Drama Pendek-siri Mangsa)-shooting di Ulu Yam.
46. Membuat persembahan teater dan monolog-Senawang, Negeri Sembilan-Program Rancangan Pilih Kasih.
47. Drama Khas Stremyx-TM.Net-pelajar Pilih Kasih (pelakon)
48. Drama Pendek (tajuk drama-‘Mangsa’) bawah arahan –Along Kamaluddin.(pelakon)
49. Fotoshot dan sesi sidang media bersama pihak Media Karangkraf, (majalah Cosmo,Berita Harian,Media Hiburan dan The Star. Online7)
50. Segmen Raya bersama Dato Siti Nurhaliza-Masakan Aidilfitri bawah arahan Erma Fatima-(pelakon pembantu)
51. Drama khas Muzikal Raya bersama Didie Alias dan Enot (penampilan istimewa Ramli Sarip) Pelakon pembantu.
52. Drama Khas Aidilfitri Artis Pilih Kasih “Hore Hore Aidilfitri” (Pelakon)
53. Pesta Kaamatan 2009 dibawah seliaan Saudara Thipan Shanmugam Exco Kebudayaan dan kesenian (pembantu bersama sebagai penyelaras program)
54. Menghadiri Kursus Kepimpinan bersama Prof. Sharif Omang-Dewan Canselor.2009
55. Simposium dan Apresiasi Seni sempena Festival Filem Malaysia (FFM)-Ajk .
56. Bengkel filem bersama pengarah filem (FFM) bertempat di studio bunyi gitar Sps-2009 (peserta)
57. Lawatan Kementerian Pengajian Tinggi di Galeri UMS, 2009 (wakil MPP Exco Kebudayaan dan Kesenian)
58. Acara Berbuka Puasa bersama TYT, UMS 2009(wakil Exco Kebudayaan dan Kesenian)
59. Acara Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi 2009(akil Exco Kebudayaan dan Kesenian)
60. Program Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri bersama TYT,Ketua Menteri dan Pengarah KAL. 2009
61. Program Khas kepimpinan Melayu anjuran Biro TataNegara, Kundasang 2009 (peserta/wakil exco Kebudayaan dan Kesenian)
62. Projek Akhir pengurusan Teater Tahun 3, Produksi Selendang Mayang 23-24 Oktober 2009 (Pelakon/Bahagian Pameran dan Poster/Teknikal)
63. Festival Teater Kebangsaan Penilaian Peringkat Negeri ke peringkat Kebangsaan-Terra Rosa (Pengarah/pelakon)
64. Program Pengantarabangsaan Eksplorasi ke Bumi Anbia-Mesir MPP

byk lagi aku lupa aktiviti yg aku join..lupa ingatan sekejap..huhuhu,2010 harap2 hidup trus busy spy tak terasa sgt sunyi..aktiviti memotivasi dan terapi bagi org2 yg sunyi cm aku..huhuuhuhuhu..