Friday, February 12, 2010

RASA TERTEKAN??



Apabila berhadapan dengan masalah lazimnya diri diselubungi dengan tekanan, malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:



 Bersabar dgn segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya.”(Luqman:17)



 Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman allah yang bermaksud; “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)?”Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang benar-benar beriman dan nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta”(al-‘Ankabut: 2-3)



 Setiap masalah ada hikmahnya seperti dapat mengurangkan dos. Nabi SAW bersabda, maksudnya: ”Tidaklah orang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)




 Kesulitan,kesempitan dan masalah akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah.”Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”



 Adanya masalah, kesakitan, dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran



 Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: ”Sesiapa dikehendaki Allah baginya, akan diberikan cubaan kepadanya” (Hadis riwayat al-Bukhari)



 Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan kecil daripada masalah yang dialamioleh orang lain.



 Menyedari hakikat kehidupan tidak lari daripada masalah, Cuma bezanya Cuma kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya masalah besar cubalah dapatkan meerka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.



“Ya, Allah..Limpahkanlah rahmatMU dan sejahterakanlah olehMU keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat-sifat..””

No comments:

Post a Comment