Saturday, February 6, 2010
Yang sebenarnya..
Apa sebenarnya yang kita benar-benar mahu dalam hidup...
Ada yang berkata
”aku cuma ingin hidup lebih sempurna..”
tapi adakah diri kita sudah cukup sempurna
untuk hidup lebih sempurna?
Ada yang berkata
“aku cukup sekadar cukup hidup bahagia..”
Tapi tidak bertanya kepada diri
sebelum mendapatkan bahagia dari orang lain..
Adakah aku dapat memberi bahagia sebelum mengecap kebahagiaan?
Aku selalu bertanya benda ni pada diri aku..
Kadang kala aku cukup celaru nak menyusun hidup aku..
Kadang kadang bila aku rasa benda itu yang aku nak..
Bila fikir balik..rupanya bukan itu yang aku perlu atau nak..
Tapi itu keinginan dan keperluan orang lain..
Bila aku buat sesuatu atas kemahuan aku..
Tapi adakah benda tu benar-benar kemahuan yang aku ingin dari hati?
Atau aku sekadar menjayakan kehendak orang lain yang ingin aku
Bahagia atau berjaya?
Ada masanya aku cukup pasti dan sedar..
Adakalanya aku memang berbuat sesuatu demi seseorang
Dan aku buat demi kebahagian orang lain
Melihat wajah mereka yang tersenyum melihat aku
Bahagia mereka menjadi sebahagian
kebahagiaan buat diri aku...
dan aku puas..walaupun bukan untuk diri aku.
Aku keliru mana satu kemahuan aku?
Jauh di dasar aku sedar aku tersasar..
Keliru dengan kemahuan aku.
Keliru dengan kemahuan diri atau orang lain..
Aku tak tahu sama ada aku boleh mempercayai orang lain
Atau sesiapa sahaja..
Semakin aku kenal seseorang tu..
Bila mengenali mereka, aku dapat memahami
Tapi kenapa aku selalu dapat perasaan..
Seperti tidak lagi mengenali mereka seperti mana mula mula
Aku kenal mereka??
Adakah aku belum cukup kenal mereka..??
Aku aku terlalu kenal dengan diri mereka??
Tapi apapun jawapan..
Yang pasti
Tetap buat aku terluka..
Kadang kadang buat hati aku sedih...
Dan aku keliru..untuk apa aku bersedih?
Kenapa perlu aku rasa terluka..?
Aku Cuma......
Ntah...............
kadang kadang teruji dengan sikap sesetengah orang..
semakin kenal semakin seperti tidak mengenali...........
dulu bukan begitu...
macam mula mula kenal..
senyuman sangat ikhlas...
lama kelamaan senyuman tu jadi
hipokrit yang menghiris hati
buat aku bersedih.........
dan aku sendiri tak pasti untuk apa??
Mungkin sebab itulah wujudnya
Istilah menipu..
Agaknya?
Sebab..Manusia terkadang terpaksa memilih untuk menipu..
Dan aku antara orang orang yang suka menipu..
Menipu bila aku sebenarnya aku terasa..
Menipu bila sebenarnya aku suka..
Menipu bila aku sebenarnya sangat dan amat benci..
Menipu bila sebenarnya aku amat merindui..
Menipu bila sebenarnya aku marah..
Menipu bila sebenarnya aku sayang..
Menipu bila sebenarnya aku teramat sakit dan terluka
demi menjaga hati.........
jawapan yang selalunya ikut hati..
Ada jawapan jujur dari hati.
Yang adakalanya membuat aku kadang semakin lemah.
Terkadang semakin kuat.
Sampaikan aku penat...
putus asa....
Aku melangkah..
Perlukah untuk berada di tempat mereka
Baru aku merasa.....
Dan?
bila aku sedar rupanya,manusia semuanya..
sama..
persetankan perkataan jujur atau berkata benar..
sebenarnya kita tidak pernah jujur atau berkata benar...
kebenaran selalu menyakitkan dan melukakan..
lebih baik menipu demi menjaga hati.........
Aku menipu adalah untuk aku...
Untuk aku merasa hati aku..
Penipuan dosa?Itu sudah pasti.Aku tidak pernah menidakkan.
sebab pada aku..
sesiapa sahaja suka menyembunyikan sesuatu dari orang lain..
kita tak tahu apa sebenarnya yang diri mereka..
atau siapa mereka sebenarnya..
terkadang menipu adalah perkataan yang selamat..
Jangan persoalkan sampai bila..?
Sakit yang terpaksa menahan....
perlu dipertimbangkan....
Siapa pernah kisah atau ambil peduli kenapa?
Yang mereka tahu soal salah
Terus menyalahkan penipuan......
Tanpa perlu memikirkan sakit.......
Bukan sampai bila....
Tapi kesakitan..
Kesakitan menyembunyikan..
beban menanggung erti benar yang melukakan
memang bukan kehendak, tapi tiada pilihan..walau bisa memilih jawapan tetap terluka..
Bukan kebaikan diri tapi memuaskan hati yang mendengar
Mendengar apa yang perlu mereka dengar..
Pergi jahanam dan mampus bila ada yang berkata tak pernah menipu
Manusia..
pandai berbelit mengadakan cerita..
Perkara ni buat aku terkadang keliru
Sama ada perlu mempercayai orang
atau buat-buat mempercayai orang?
Berhati-hati?
kadang-kadang penat berhati hati...
Luka boleh saja sembuh tapi kesan kekal terasa bila teringat..
Persoalan macam ni agak remeh untuk difikirkan
Bagi sesetengah orang yang tak suka serabutkan otak..
Tapi pada mereka yang terfikir untuk berfikir
Benda begini terkadang sesuatu yang tak tergali
Tapi bila digali..ada manfaatnya..
Sekadar perkongsian tentang pemikiran yang celaru..
Kalau tak keluarkan kepala asyik berfikir.huuu~
p/s:
aku suka menulis tapi bukan puitis..sekadar terfikir..
Sesuatu yg mencuit hati aku
bila ada yg bertanya aku, untuk apa aku menulis?adakah untuk ditujukan pada sesiapa??
Jawapan aku Cuma begini.Aku cuma menulis sekadar suka-suka..
Terus orang tu menyampuk, mgkin ini yg dikatakan ilham?
Aku tergelak..Wlupun agak merapu..
aku sendiri tak dapat memastikan..
semua terpulang setiap individu,
pada yang menilai dan memahami melalui penyampaian aku.
Kalau A,pada mereka maka A la pemikiran mereka..
Kalau B,maka B la pemikiran mereka.Terpulang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment