"Mata tu anugerah..Kita kena jaga mata kita...yo. Seumur hidup ni kita hanya ada sepasang mata sahaja. Susah kalau kita tak jaga mata kita elok2. Kalau kita buta, tak boleh melihat keindahan yg Allah jadikan, orang2 yang kita sayang..kita akan menyesal..Anugerah tu kita kena terima..dan bersyukurlah sebab ko masih punya mata..”kata seseorang pada aku..
“Tau tak?Waktu kita lahir ke dunia, sebenarnya pendamping kita jua lahir..Pendamping tu dipanggil Qar’in” .Lebih kurang mcm tu kata-kata seseorang pada aku..
“Hmpph..percaya Bunian tak?” aku cakap...tersekat2..
“Dia yg mencipta segala kejadian..DIA yang Maha Mengetahui apa yang ada dihadapan dan belakang manusia...sedang manusia ni tidak mengetahui sedikitpun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. DIA yang Maha mengetahui apa yang terjadi dan akan terjadi..Dan tiap-tiap sesuatu itu, terjadi atas kehendak dan izin dariNYA.Siapa yang berhak memberi pertolongan di sisi Allah tanpa izin dariNYA? “
“Yo.. Allah tu Maha Pencipta,Maha Agung..kursi (kekuasaan) Allah itu meliputi langit dan bumi, dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar..” sambungnya..
Aku faham.Aku tahu semua tu..kata2 dia mengingatkan aku pada ayat kursi..
Tapi kerana aku punya sepasang mata...aku menjadi sangat takut....
Anugerah??
Anugerah 'mata'???(Aku takut....)
Anugerah Pendamping?(Aku takut...)
Aku bukan siapa-siapa!....Aku takut...Aku kalau boleh dikategorikan..mungkin akulah yang tergolong dalam manusia yang paling rugi sebab aku kosong dalam ilmu agama....Keluarga aku tak sama macam keluarga orang lain.. yang di didik mengaji, sembahyang..semua keperluan agama..semua aku cari sendiri...Setiap kali aku solat, aku mesti nangis semahunya..aku nangis aku peluk Quran sekuat hati aku..Aku Cuma nak belajar..pedih rasanya dalaman aku...macam ditoreh toreh.......tak siapa mengerti... bila merangkak, mencari..dalam gelap..Ya,Allah kau tunjukkanlah aku cahaya kebenaran..Bantu aku Ya,Allah.Bantu aku Ya,Allah..Aku perlu bimbingan seseorang untuk mendidik aku. Dalaman aku kosong..Aku sunyi.Sunyi yang amat..Aku Cuma teringin mencari sesuatu yang benar-benar aku perlu..sebab aku rasa teramat kosong disini...
”jiwa”
Hati,jiwa.. aku kosong..sebab itu aku mencari...tapi perlukan aku diuji begini......??
Untuk apa aku punya anugerah mata ini kalau ianya yang boleh memesongkan akidah aku?menakutkan aku??Aku tidak rasa ia anugerah..tapi satu celaka..
Anugerah boleh membuatkan aku takbur..jika aku terlalu taksub ingin melihat dan mencari..boleh melihat ‘benda’ tu..kemahuan antara kepastian dan aargh~!!huhu Astagfirullah al’Azim...
aku tak tahu apa-apa..tapi kenapa kadang-kadang aku terasa boleh aa...........Astagfirullah......aku lemah..ya,Allah..sepasang mata anugerahMU..
Aku tak suka benda ni jadi kat aku.!Aku mengeletar!!Aku lemah..Aku tak pernah meminta..bukan kemahuan aku..Astagfirullah al'azim..jauh sekali nak menganggu..cuma kenapa aku diberi peluang 'ternampak'..benda-benda macam ni??aku rasa..macam separuh badan aku ni hilang....aku tak tau apa nak buat??..
Aku takut..gila tak rasa takut..?!.badan aku tak boleh terima melihat kejadian dan benda2 asing ni..dan ini bukan sekali dua aku melihat mendengar....dah berkali-kali..Hari ni aku nampak lagi. Kenapa??Aku tak nak....aku tak mahu.....Ya,Allah..huhu..tapi kalau dah ternampak??aku nak buat camna..huhu..Ya,Allah kenapa aku diuji lagi.. (jam5.00 am)
******************aku sedang mendengar********************************
Astagfirullah al'azim...Berdebar jantung aku bila aku menaip entry ni Ya Allah..Aku percaya kewujudan makhluk selain manusia..kenapa aku diuji lagi? (*baru sekejap tadi azan subuh)
aku ternampak ***** sebelum azan..anugerah sepasang mata ini..sebelum sebelum ni..aku Cuma nampak sesusuk bentuk..tidak berrambut..tidak bertangan..tidak berkaki..Cuma sesusuk tubuh..aku sendiri tak pasti apa ‘benda’ tu? Yang menguatkan lagi kewujudan makhluk tu bukan manusia bila aku terpandang benda tu ‘melayang’ seolah-olah mengheret badan dan terbang...(yang pasti adakah manusia terbang??sudah pasti bukan manusia kalau tidak berkaki dan tangan,hatta berrambut..huhu) dan hilang sekelip mata...pernah dulu hentakan demi hentakan kepala aku dengar bertalu2 menghempas kat pintu tandas OKU..lepas tu aku dengar jeritan..kemudian dengar tangisan..lepas tu segala hilaian tawa terjerit..mengilai mengilai mengetawakan aku kebetulan aku mendengar yassin....(aku bukan kuat untuk terima benda2 asing ni...aku lemah....aku sangat takut..) lepas tu..aku nampak..’dia’ asyik berdiri disitu..entah??aku tak pasti apa dia...yang pasti aku tahu itu bukan manusia!Sebab hati aku akan berdegup kencang dan badan aku akan mengeletar kalau aku perasan sesuatu yang lain....aku pernah lihat benda berbungkus..Logiknya ditengah malam adakah orang yang seberani itu berseorangan dan berbungkus..???
Yang pasti baru sekejap tadi, di blok depan bangunan aku ni...sekali lagi, aku terlihat sesusuk tubuh dengan juraian rambut panjang.... ‘ benda’ tu perempuan...’dia’ asyik naik turun tangga..!Ya,Allah...kenapa mesti aku yang melihat dengan sepasang mata yang Kau anugerahkan ni?? kelakuan ‘dia’ sangat pelik...Dah la keadaan sekeliling gelap! Tak kan lah ada perempuan berani dalam waktu2 begini nak turun seorang diri? yang buat aku bertambah PELIK tangga tu tak habis dia turun, dia naik balik..lepas tu turun balik...dan aku Cuma nampak KEPALA..aku tak nampak langsung muka dia...Ya,Allah.mana separuh badan dia?? Astagfirullah al’Azim....Mata aku sedang menipu aku ka?!!seluruh badan aku mengeletar!Cepat2 aku tutup langsir..Aku tak pecaya apa yang aku nampak..Ya,Allah Betulkah apa yang mata aku nampak ni???...
Blok depan aku..huhuhu....sebenarnya aku nampak dah lama dia kat tangga tu..Cuma kadang-kadang dia ‘ada’ berdiri..Cuma berdiri disitu dan tempoh yang agak lama..dan kadang-kadang tak ada kat situ sekelip mata..entah??...dan aku sendiri tak pasti..Apa sebenarnya dia??
******************aku sedang mendengar********************************
Dan semakin asyik aku mendengar..degupan aku makin kencang..Ya,Allah..apa bunyi ni??ada sesuatu yang aku tak fahami disini.....Aku berkhayalkah ketika melihat benda tu??
Terus terngiang2 kata-kata seseorang yang selalu bg nasihat pd aku (*lecture aku;Dr.Andy)
"Dalam islam dah bgtau, hijab pancaindera akan di angkat Allah semasa kita dalam keadaan yang sangat lemah fizikalnya untuk melihat imam kita. Ini terbukti kalau tubuh kita berada di tahap yang lemah sumber galian seperti kurang makan, kurang tido, pancaindera akan gagal berinteraksi dengan baik kpd otak"
Kadang-kadang hijab pancaindera akan dibukakah..pada mana aku yakin aku dalam keadaan tidak letih, tidak mengantuk....??aku rasa aku cukup makan-kenyang sbb aku buat kerja smbil makan tadi?..Aku ber..Halusinasikah??
Tak!aku yakin..mata aku nampak 'benda' tu!!Aku nampak..Cuma bila aku terdetik dan perasan benda tu sangat asing dan bukan manusia aku terkejut..Aku tutup langsir!tak ada keberanian untuk terus melihat benda tu..kalau 'dia' terbang pegi blok aku mcm mana??huhuhuhu.....'benda' tu..dah lama sangat berdiri di tingkat dua tue untuk sekian lama..kadang dia ada..kadang2 dia tak ada.(aku sedar kewujudan dia..kadang2 aku terpaksa buat tak nampak..sbb aku takut..huu~)....Bangunan depan blok aku ni memang 'sangat lain'..tu ja aku boleh gambarkan situasi ni...
Hari ini aku berfikir, selamatkah aku??kena pulak didatangi bendera merah,arrgh~..Teringat kejadian pelik pernah terjadi pada aku..Dulu aku pernah mintak nasihat dan berjumpa PakLah atas bantuan team PK, seluruh betis paha ni pernah lebam kebiru-biruan lepas shooting di hutan UluYam.. aku heran jugak napa bleh lebam dan biru..walhal aku tak jatuh, atau rasa sakit..??cuma hairan paha aku ada tompok lebam warna akan biru...Masa kena suruh berubat tu (honestly aku agak susah nak pecaya..tapi aku ikhlaskan hati..dan blajar menerima perubatan tradisional perlu dlm mghalau benda2 yg ghaib yang kita tak nampak dgn mata kasar..)Berubat secara tradisional?..tak da la complicated.Aku cuma duduk dan seluruh kaki aku kena urut, urutan dia Cuma tekan pada urat saraf tertentu, lepas tu ditarik kebawah hingga hujung jari kaki.. lepas tu seluruh jari2 kaki aku dan tapak kaki ditekan. Aku masih terasa mcmna ibu jari kaki aku rasa mcm nak tercabut!Ya,Allah!!PakLah ckp dia xtarik pun ibu jari kaki aku, dia sentuh je ibu jari kaki aku..pegang jer. Memang betul dia pegang jer, tapi entah pelik??Sakit bukan main!dia cakap sentuh?aku rasa mcm kuku tu mencengkam dan picit kuku ibu jari kaki aku sekuat hati..gila sakit!!Aku memang menjerit...Semua yang berlaku depan mata aku,dan aku dalam keadaan sedar..PakLah cakap kalau sakit,takpe jerit je...gilerr aku memang rasa sakit bila ibu jari tangan PakLah pegang ibu jari kaki aku..huhu..Yang tue pengalaman aku berubat..tapi aku dalam keadaan sedar? Bukan mcm dlm cerita tv..atau Utube..
aku Cuma nak ceritakan apa yang aku rasai..alami..Lepas berubat..aku kena suruh minum air jernih segelas, Pesanan Paklah,nnt lepas mandi yang segelas lagi kena suruh sapu pada seluruh badan pastu amik air wudhuk then solat..Alhamdulillah esok semua lebam2 hilang mcm tu je..Pelik kan??
Tue jer..setiap kali aku full moon paha aku mesti akan ada tanda lebam2 biru.....org ckp hantu hisap..aku susah nak percaya..tapi..huhu..napa ada lebam biru??Bab kebersihan aku memang sangat jaga....sekarang nie..aku da abes fullmoon,Kira takleh solat lagi..aku kena musibah ni plak..huhuhu Ya,Allah......situasi ni buat aku tak tenteram!
*********aku masih mendengar bunyi tu sekarang..badan aku mengigil.***.*********
Mengeletar tangan aku (‘benda’ tu berbunyi lagi..Aku tak dapat nak explain bunyi yg mcm mana...Aku takleh nak terangkan..ntah..??.Aku Cuma boleh ckp dia ‘berbunyi’..or bunyikan sesuatu yg ntah..huhuhu) Aku tak ada keberanian buka langsir..... badan aku terasa longlai, jari jemari mengeletar x berhenti2 sekarang..huhuhuhu Ya,Allah..baru aku sedar......
mula-mula tadi masa aku duduk seorang kat ruang tengah, pintu utama pintu luar terbuka sbb kipas kat ruang tengah tak berfungsi..cntact lense aku terasa perit jadi aku buka..aku dengar something kat luar, tapi tak tau apa??then hati rasa tak selesa.....sambil online aku trus buat tak hirau...lama2..ada mcm tgh orang bercakap2..Aku tgk jam subuh da..jam4....hmm...lain jer perasaan aku....pastu silih berganti bunyi kat tandas.....hati aku dah tak senang..Aku bangun,tutup pintu kunci.Angin ‘semacam’ sentuh kulit lengan aku seblah kiri...Aku dapat rasa ‘panas’ seblah kiri aku.Aku toleh kiri..”Apa perasaan ni?napa lengan seblah kiri aku tiba2 panas?jari aku mcm terasa sesuatu...”Aku terus tutup pintu.Aku pindahkn semua brg2 aku laptop, gelas..kertas2 masuk bilik duduk meja Rozie,seblah tingkap...........lepas tu.......ntah,jiwa tak tenang.......laju je tangan aku bukak langsir.
Astagfirullah!Ya Allah!!!!
Mata aku membeliak bulat..tak tau nak terkejut atau nak jerit??!Aku nampak..sesusuk tubuh dengan juraian rambut panjang....ya,Allah!Apa benda ni???kelakuan asing dia buat jantung kencang berdegup laju!!kuatnya ‘perasaan’ aku cakap “PONTIANAK!” Astagfirullah ad’Azim...(Lindungi aku ya,Allah..huhu) kelakuan ‘dia’ sangat pelik... ’dia’ asyik naik turun tangga..yang lebih pelik.. tu tak habis ‘dia’ turun tangga tingkat 1 tu, dia naik balik..lepas tu turun balik..(ulang alik huhuu..ya,Allah mengerikan...).dan aku cuma nampak KEPALA separuh badan..aku tak nampak langsung muka dia!Aku xpasti adake tak muka?sebab rambut tu menutupi keseluruhan semuanya..dalam keadaan takut dan terkejut, aku terus tutup langsir!!
Aku terus pegang,peluk tangan Rozie yg tengah tido kat katil!!Rozie terbangun,separuh sedar tengok aku. Dia tanya kenapa?Aku cuma tercakap..”aku..aku nampak..” Rozie bangun..dia tenangkan aku.Dia Tanya aku apa aku nampak...aku tak terluah..aku kelliru..terkejut..Mungkin dia faham,sebab aku cuak gila aku takuut!huhuhu...(Ya,Alah lindungi aku..Lindungi hambaMU ni ya,Allah) sebab aku dah tak tahan..aku takut, aku gerakkan Rozie, aku tak mampu bersendirian lawan perasaan takut..aku kena kuatkan semangat..aku kena ada seseorang yang sedar..untuk kawal diri aku yang ketakutan...huhuuhu..
*******8lama 1minit kami terdiam,aku tercegat berdiri tgk langsir yg tertutup********
Aku pegang tgn Rozie..Aku beranikan diri tgk makhluk tu.Ya,Allah dia dah takda..cepatnyaaaa?!!!!kalau dia manusia mesti semapt nampak dia naik..atau turun..tapi takda?lesap mcm tu ja!!Luar gelap,Blok depan aku dan sekeliling lampu dah off...pelik....(Jam 5.45) bunyi tapak kaki berlari-lari..padahal gelap kat luar..Aku beranikan diri tengok luar lagi..huu...aku cuma nak kepastian..bunyi orang naik turun tangga!aku dengar lagi..aku bukak langsir..tengok luar(sebab ada rozie aku beranikan diri jenguk luar tingkap)...mengeletar tangan aku tgk luar..bunyi tapak kaki orang tengah berjalan-naik /turun tangga..yang PELIK,tak ada sesiapa kat tangga..huuuuuuuu...
"ko dengar apa yang aku dengar,zi??" aku ckp.
Rozie tgk aku..dia mengangguk..Rozie dengar tapak kaki
(5.52 am) Sangat gelap kat luar..semua lampu tutup..lampu tangga ja yg still buka..Makin kuat bunyi yang aku dengar ni..aku sendiri tak pasti bunyi apa..tapi rasa sangat dekat dengan tingkap seblah aku ni..(tingkap tak tutup) aku tak berani buka tingkap!!!bunyi tue mcm bunyi heretan..tapi aku tak pasti apa dia..bunyi tu pun dah cukup buat jantung aku ni berdebar2..huuhu..belum tengok lagi...aku terlompat kat tempat duduk pergi arah Rozie..huhuhu...Apa dia pun aku tak tahu..lemah jantung aku!!! Huu~aku speechless...huhuuhu...Alhamdulillah nak pagi dah.....aku beranikan diri ignore rasa takut ni.............*End*
Ya,Allah..Aku bersyukur aku ada mata boleh melihat orang2 yang aku sayang dan keindahan yang Kau ciptakan......Cuma aku takut utk menerima anugerah sepasang mata ni..Anugerah utk melihat.....huhuhuhu..takut..badan aku tak boleh terima..mengeletar.
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak kata berani tu tidak.
ReplyDeletetapi ingat ja.
pernah ditugaskan untuk menyesatkan manusia.
tapi tidak pernah mencederakan manusia secara terus
true!
ReplyDelete