Friday, February 12, 2010
MENGAPA HARUS BERSEDIH?
MENGAPA HARUS BERSEDIH?
Saudara, Allah benar janjiNya. Allah telah menetukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Kalau kita akur banyak mana yang Allah ambil, dibandingkan dengan banyak mana yang Allah beri kepada kita.Firman Allah:
“kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya.”
(Ibrahim 14: 34)
Mata, telinga, mulut, tangan kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang disekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, keluarga, sahabat handai, alam sekitar, haiwan peliharaan..segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurniaNya..mengapa harus berdukacita?Mengapa harus bersedih?bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah beri sesuatu yang lain.Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menetukan segalanya.Yakinlah.(Firman Allah): “Jangan takut,jangan berdukacita” (Al-‘Ankabut 29:33)
Saudara, kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah diri, masalah itu dan ini seta sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa perlu bersedih?Bukankah kehidupan ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? HIDUP BERMAKNA KITA BERDEPAN DENGAN MASALAH.Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita degil, anak kita nakal, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan dan sebagainya. Saudara bukankah itu mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT.
Ya, katakanlah anak kita degil, anak kita suka melawan, anak kita tidak mendengar cakap. Lantas kita berusaha untukmendidiknya, untuk mengajarnya, untuk mengasuhnya dengan yang terbaik. Kita beroleh pahala dari Allah SWT.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar.. Sebab itu mujahadatun-nafs – melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan menggangu dan menyesatkan bani Adam, dia akan menggoda bani Adam, dia akan menyesatkan bani Adam. Mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi, adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kit. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Saudara/i..Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
(Dairi Islam) .Dr Badrul Amin Bahron, Jangan Bersedih: Zikir munajat & Tazkirah, 2006, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms27-29)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment