Sunday, March 8, 2009

Meninggalkan aku

Aku berfikir..
Mungkinkah..
Jika aku memikirkan dirimu..
kau juga akan memikirkan diriku?

Panggillah aku apa sahaja..
orang yang gila..dan orang yang buta..
Kerana masih sengsara dan sangat bodoh
Selepas semua masa ini..

Adakah aku telah melepaskan orang yang aku sayangi
Kepada seseorang yang lebih baik?
Dan adakah dia akan menyayangi dirimu
Seperti aku menyayangimu?
Kerana aku menyayangi dirimu..
Kau tahu..aku amat menyayangimu..

Banyak yang ingin kukatakan..
Tapi aku pendamkan didalam hati..
Terasa amat sunyi tanpamu disini..
Sejak hari kau meninggalkan aku..
Tanpamu..
terasa seperti semakin rindu
terasa sangat menyayangimu..
Tanpamu..
Terasa merindui saat kita bersama..
Menghabiskan masa hanya melihat senyumanmu
Menatap indah mata yang penuh pengertian…

Hari ini meninggalkan aku..
Meninggalkan aku.
Terasa sunyi..
Dengan rasa rindu dan sayang yang tidak berbalas
Sangat sakit..
Setiap hari memikirkanmu..
Walau aku memejamkan mata.

Hari semakin meninggalkan aku..
sepi.

2 comments:

  1. Sabar.Tersekat di jalan ini ada jalan yang lain yang lebih terang cahayanya. Keluarlah daripada jalan ini yang membuntukan fikiran. Cari dan dapatkan jalan lain. Ada cahaya menantimu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi komen..

    ReplyDelete