Sunday, March 8, 2009

Skrip Monolog-HITAM-Karya Yoyo.

Death is peaceful and easy..and..life is harder.

Aku melihat sekeliling. Awan bergerak. Angin yang bertiup semakin lembut mengucup mataku..pandangan ku longlai memerhati kesibukan manusia..
Aku selalu berfikir.Apa makna kehidupan bagi manusia diluar sana. Aku ingin mencari satu tempat untuk aku bersembunyi..bersembunyi dari kesengsaraan yang menoreh jantungku..

Jika aku boleh berbang, aku ingin terbang..

“Nak dengar abang nyanyi..boleh?”
“yo nak abang nyanyi lagu apa...”
“Urmm..nyanyi lagu burung yang menangis.”

“…awan berarak~bergerak semakin jauh meninggalkan kita~diatas guung ada seekor burung. Menangis dengan pilu~suaranya yang merdu membuat hati sayu..”

Aku masih ingat..Suaranya menyanyikan lagu itu..terngiang-ngiang jelas suaranya ditelingku..

Pernahkah kamu merasa kematian?
Mati.
iya. merasakan ‘kematian…’

Pperasaan itu..kematian itu adakah ia sangat menakutkan?Adakah kematian itu sakit..atau sengasara..?
Atau mungkinkah kematian itu sebenarnya terasa amat tenang..
Seperti yang aku lihat diwajah-wajah orang yang mati dengan tenang..
Aku pernah merasa kematian. Dan kali ini entah kali yang keberapa aku merasakan kematian..seperti aku mati hidup semula. Semuanya tanpa disengajakan, atau…adakah semua ini suratan takdir?

Bagi aku warna KEMATIAN adalah HITAM. Hitam mempunyai kaitan dengan diri aku. Aku suka Hitam.Mungkin kerana aku terbiasa melihat hitam sejak aku lahir..dan cerita hidup aku banyak berkaitan dengan hitam menyebabkan aku terpegun dengan warna ini.

Hiasan dalaman rumah aku berwarna hitam.Sofa, meja makan, almari, langsir bercorak belang, perhiasan pasu…segala-galanya berwarna hitam.Masa keluarga aku mati.Ayah dan mak sering bertengkar.Kereta yang mereka pandu pada hari terakhir kematian mereka juga berwarna hitam.Burung gagak peliharaan kakak aku berwarna hitam.Kucing abang aku juga berwarna hitam.Hitam itu sepi..Aku tak pernah bercakap dengan ibu bapa, abang dan kakak aku.Semuanya seperti hitam yang sangat sunyi.Bila kakak aku membunuh abang aku, baju terakhir yang abang aku pakai masa itu adalah berwarna hitam. Aku ada masa berlakunya kematian itu. Sehingga sekarang aku keliru warna dibadan abang aku tu warna merah atau hitam..Hitam.Misteri.Hitam yang indah..

Hinggalah suatu hari. Aku mengenal warna ‘lain’ bila datang seorang lelaki yang tanpa sengaja..(atau mungkin suratan takdir). Pertemuan pertama kami di atas bangunan lama.Aku sedang berdiri diatas bangunan sambil meniti tangan aku depakan seperti kapal yang terbang. Lelaki itu datang tanpa sengaja agak terkejut dengan tindakan aku. Agaknya dia fikir aku ingin membunuh diri.Tanpa diminta..dia menyanyi sebuah lagu ‘burung yang menangis’ sambil berpura-pura melihat kearah lain. Suaranya yang merdu membuatkan aku berhenti mendepa, kemudian perlahan aku turun dari titi bangunan sambil mendengar nyanyiannya. Selepas dia selesai menyanyi. Dia pergi. Aku hanya melihat. Keesokan harinya aku membuat aksi yang sama. Rupanya lelaki itu datang semula ke atas bangunan itu.Tapi kali ini dia membawa sebotol kertas yang dipenuhi dengan bintang bintang kecil berwarna warni. Tangannya memegang kertas berwarna biru.

Aneh.Dia membuang semua bintang berwarna warni isi didalam botol kaca itu ke udara akhirnya bintang-bintang itu jatuh dilantai bangunan.Lelaki itu tersenyum dan mendepakan tangan bermain dengan angin.Perlahan-lahan liuk lentuk tangannya bermain dengan angin..Aku cuma memerhati tangannya.Sedetik kemudian dia menerbangkan kertas berwarna biru di angkasa. Indah. Kertas berterbangan di udara menari-nari membuatkan aku terasa seperti terbang diawangan.Aku pejamkan mata.Suara lelaki itu mendayu-dayu menyanyi lagu “burung yang menangis”. Aku menghayati suaranya dengan hati yang lapang.Hari berikutnya dia datang lagi diatas bangunan yang sama.Kali ini dia membawa layang-layang yang berwarna warni. Kami tidak pernah bercakap. Tapi seakan dia memahami perasaanku yang ingin terbang. Dialah yang membawa semua angan-angan aku terbang ke langit bersama ribuan warna warni.Istimewa dia menjadikan mimpi aku seakan nyata. Aku langsung tidak mengenali dia.

Esok.Aku tunggu dia ditempat yang sama.Tapi kali ini dia tidak datang seperti selalu.Tiada bayang..tiada angin. Tiada warna..Aku menoleh ke arah awan.Mendung.Tak lama kemudian hujan turun.Aku masih berdiri menunggu lelaki yang aku tidak kenali itu.
Esok aku tunggu lagi.Tapi dia tidak juga datang.hari seterusnya aku tunggu.dan tunggu ..dan tunggu sehinggalah genap 7hari..

Dia datang. Entah kenapa aku terasa sangat gembira. Dia melihat aku tapi kali ini wajahnya agak muram. Aku menghampiri dan menghulurkan tangan. Senyum. Tapi dia cuma menatap tepat kedalam mataku.Dia langsung tidak menghulurkan tangan.Dia peluk aku.Aku terdiam dan memakukan diri.

“Aku..dah jumpa..akhirnya.”

Cuma ayat itu yang lelaki itu ucapkan.
Kami duduk memandang matahari yang tua. Sinaran matahari hangat menghujani wajah kami.Dia menerangkan maksud bintang dibawa olehnya tempoh hari..
“Bintang yang diangkasa raya boleh dicapai oleh tangan.Cita-cita umpama bintang.Jika kita ingin mencapainya,kita hanya perlu percaya.”

Kemudian maksud helaian kertas berwarna biru.

“Angin akan membawa ke mana sahaja impian kita, malah akan membawa rasa rindu kita terhadap orang yang ingin kita temui.”

Kemudian maksud layang-layang.

“Setiap keinginan memerlukan kekuatan.Selagi kita percaya dan berpegang teguh kita apa yang dapat membahagiakan diri kita, kita akan menjadi seperti layang-layang.Hanya perlu percaya tali itu tidak akan putus..Semua kebahagian bergantung pada tangan kita..Jika tali putus maknanya tangan kita yang sengaja melepaskan kebahagian itu..”

Aku Cuma diam mendengar. Matahari semakin berselimut meggunakan awan. Tiba-tiba lelaki itu berkata tentang kaitan warna hitam dengan dirinya. Bercerita tentang dirinya pernah mati tapi diselamatkan oleh Tuhan. Dia melanggar kereta berwarna hitam yang dipandu oleh sepasang suami isteri.Dia bernasib baik kerana dia selamat,tetapi malangnya pasangan itu mati.kata-katanya mengingatkan aku dengan ayah dan mak aku.
Dia kemudian bercerita bagaimana dia pernah bercinta dengan seorang perempuan kemudian merosakkannya, selepas itu dia merampas teman wanita kawan baiknya sendiri.Bila dia memyebut nama kawan baiknya aku terkesima.Abang?Kemudian nama perempuan yang pernah dia sayangi dulu.Termagu.Kakak..?

Lama aku merenung lelaki itu.Hitam dalam hitam..Aku tak dapat memandang jelas wajahnya kerana malam semakin melabuhkan tirai..

"Aku jumpa kau akhirnya.."

kata-katanya menghentikan jantung aku.Baru sebentar tadi aku terasa seperti ada warna lain akan hadir.Rupanya warna hitam ini terus menjadi bayang-bayang yang setia untuk aku.

"Death is peaceful and easy..and life is hard.."aku berbisik..

Dalam kelam samar-samar aku melihat dari bawah manusia seperti semut yang mengerumuni gula..semuanya kerana melihat sesusuk tubuh yang terbaring tenang di lantai konkrit. Jelas dimatanya bayang-bayang aku sedang melihatnya diatas.Tenang dan diam.

10 comments:

  1. Kematian bukanlah jalan penyelesaian masalah. Rata-rata pengarang besar dunia lahir daripada badai kesusahan fizikal dan kesusahan minda. Antara ciri mereka ialah amat kritikal mendepani hidup. Mereka jadi pengarang agung kerana melepasi fasa itu dan meluahkan dengan baris ayat membina karya demi karya dengan paduan ilmu dan pemikiran yang teratur. Yoyo,sila teruskan hidup anda.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..saya masih bjuang dalam hidup..

    ReplyDelete
  3. monolog yang amat baik bagi saya...
    penghayatan nya sangat bagus

    ReplyDelete
  4. salam kepada tuan yoyo...
    ingin memohon kebenaran supaya skrip ini dapat saya ambil untuk salah satu projek akhir saya iaitu pementasan teater monolog..
    harap diberikan kebenaran dengan setulus hati tuan...jasa tuan amat dihargai dari:
    MOHD ZIYAD JAMALUDIN (PELAJAR DIP.TEKNOLOGI SENI TEATER)

    ReplyDelete
  5. salam kepada cik yoyo..
    alhamdulillah...6/1/2010 selesai pementasa monolog karya cik yoyo...
    sambutan amat meriah dan ramai yang mengatakan ia karya yang bagus..
    saya amat berterima kasih pada cik kerana mengizinkan saya mengambil naskhah cik...
    jasa cik saya takkan lupakan...
    teruskan usaha menulis karya ye cik...
    salam

    ReplyDelete
  6. cikgu saya baggi tugasan untuk membuat monolog juga.tapi saya ingin menanyakan `saya` ini sebagai siapa?adik ke?orang buta ke??

    ReplyDelete
  7. salam saudara saya memohon kebenaran saudara untuk mengangkat skrip ni di pentas monodrama DBP 2012 di usm penang.

    ReplyDelete
  8. salam.. Cik Yoyo. saya mohon kebenaran supaya dapat saya aplikasikan karya ini dalam pementasan monolog di UMP pada 8/11/12 ini :)

    harap dapat diberikan izin dengan setulus hati cik untuk saya angkat karya ini dalam pementasan nanti... jasa cik Yoyo amat saya hargai.

    dari NURSYAFIQAH BT ZAINULKHARIB

    ReplyDelete
  9. saya memohon Encik YOYO untuk mengambil monolog ini untuk dijadikan short video untuk dijadikan kerja.

    ReplyDelete