Wednesday, September 30, 2009

CERMIN



“Siti..siti...”

Sayup kedengaran seperti nama aku dipanggil. Aku sengaja pekakkan telinga.

“Aku benci dia!!!”

Jeritan itu begitu kuat, cukup mengigit cuping telinga aku. Jantung aku macam nak gugur. Jeritan tu membuatkan nafas aku turun naik. Siapa?? Berhati-hati aku menoleh kekanan.Kosong?aku toleh ke kiri.Kosong juga. Tiba-tiba suara itu kedengaran lagi.

“Salahkan aku..”
“Terus salahkan aku...siti.”

Aku pandang cermin. Seiras seperti wajah aku terbias disitu. Suara didalam cermin itu yang berkata-kata? Aku bingung. Pandangan dia tajam seolah-olah ingin keluar dari situ. Aku tergamam dan berketar-ketar.

“Apa yang kau tengok hah?!”

Aku terdiam. Kemudian dia bersuara dan terus bersuara.

“Aku benci perempuan tu!Aku benci teramat sangat!!Aku tak faham kenapa aku keras hati nak memaafkan dia. Mungkin sebab aku tahu perangai dia yang keji sebab tu aku benci dia. Hari ni aku cuba leraikan kekusutan dan kebencian aku yang makin bertimbun dengan buat kerja rumah. Aku penat. Tapi bagi aku itu la salah satu cara nak menyirami rasa benci aku sekarang. Aku sengaja penatkan diri supaya aku dapat lawan rasa benci aku ni. Aku faham aku tak boleh lawan masa. Aku kena meluah..tapi aku dah penat la..aku dah penat sangat2 meluah, ludah, muntah sampai nak terburai usus aku meluah masalah rasa dendam bencii marah aku ni....semua rasa ni..buat aku muak!!Aarrgh!!mata aku nak tercabut bengkak menangis siang malam. Sampai kan satu tahap, aku rasa aku dah tak ada perasaan. Aku keliru antara perasaan benci, marah, dendam atau sedih..tapi semua ni tak akan berhenti.Malah aku tambah sakit..benci!berdendam!Sakit hati.Aku rasa sangat marah dan benci. Dada aku macam nak meletup!berdarah-darah!!Im bleeding without a sound.Shit!!aku benci dia!!Kemarahan terkumpul dalam hati aku ni..sejak aku kenal perkataan “mak” yg suci bagi semua orang yang sayang mak dorang. Aku tak mahu mak!faham tak!!Aku benci!!!Ada mak macam tak ada mak.!!Arrgh aku benci!!!! Bagi aku semua perempuan ja!!cemburu lebih!buta!!gila!!suka prasangka!bodoh!!Aku benci perempuan!!aku benci perkataan mak!!!!sial..Aku benci rasa ni!!!!aku benci setiap kali aku meluah!!aku benci bila aku tak boleh terima hakikat!!!Arrrgh!!!!kenapa nak lahirkan aku kalau nak buat hidup aku tersiksa macam ni??!!!Aku benci bila aku dalam keadaan marah macam ni..aku benci sangat2!!!

Aku jadi macam ni sebab kau yang lahirkan aku!Tak kah rasa rugi melahirkan aku??Haram!Sorry!Aku tak pernah kenal perkataan mak!Aku tak mahu langsung tahu sama ada aku, ada mak atau tiada mak!!!Aku tak mahu terima hakikat aku lahir oleh perempuan bernama mak!!aku tak kenal mak aku jadi jangan nak menjadi mak kepada aku!!Jangan nak menasihati aku..aku muak!!Biarpun orang cakap mak tu orang yang mulia..Pada pergi jahanam perkataan tu!!aku tak mahu mengaku sebab aku tak pernah kenal kemuliaan tu!!!Jangan nak kata kalau aku tak ada mak, ada orang lain yang boleh sayang aku atau anggap aku macam anak sendiri, boleh jadi mak aku..Shut up!shiiit!aku tak mahu dengar!!Sesiapa pun cuba jadi mak aku, tak akan sama dengan siapa yang lahirkan aku. Dan dia tak pernah pun jadi mak!!Aku benci!!Aku benci rasa ni sekarang!!aku benci rasa marah!aku benci bila aku kecewa!!!sial!!Hidup sendiri lagi bahagia..dari hidup berkeluarga!!!aku bencii sangat2!!aku tak akan salahkan sesipapun kalau aku mati sebelum lahir!!jadi kenapa nak lahirkan aku?kenapa biarkan aku hilang pedoman macam bodoh!Jangan nak menasihati mengajar aku..atau memberi aku rasa sayang kononnya macam seorang mak..seorang pun tak layak jadi mak aku!!
Ya!!Memang aku sedar aku derhaka!Aku sangat derhaka sebab aku cakap macam ni. Aku derhaka bila mempertahankan adik-adik aku dari mati dipukul..Dia memang macam sial!!Perempuan tak guna hidup!!Aku derhaka?memang!!aku derhaka bila adik-adik aku dibiarkan kelaparan!!aku derhaka biia dia maki adik-adik aku dan aku!!!Aku ada di sini mencarut sebab dibesarkan dengan cara ini.Jangan salahkan diri korang yang mulia tu.Salahkan aku..!Aku dah biasa disalahkan.Ya!!teruskan.!!sebab aku dah lali kena maki sumpah seranah..cerca!Aku lah selayaknya di maki dan disalahkan!!Sebab aku yang tak dididik seperti anak2 baik.Aku benci!!Benci sangat.Seluruh ruang hati aku penuh dendam membenci!!!Suara aku tak pernah nak difahami.Asyik-asyik nak aku saja yang faham keadaan.Kenapa mesti aku yang kena faham keadaan??kenapa??!!macam mana dengan keeadaan aku??macam mana dengan perasaan aku?!!Mak bapak aku cuma nak anak dorang ja dengar cakap dorang. Cakap anak dorang, haramlah nak dengar! Dorang hanya nak aku yang mengerti keadaan dorang.Habis aku??ada tak mengerti apa yang aku nak??apa yang aku rasa?apa yang aku luah?Korang hanya nak bercakap tentang korang dan nak aku ja faham!!Aku benci muak..!!!!memang aku derhaka!!itu memang kau nak kan?itu bayang kau nak aku buktikan!Tak guna punya perempuan!!Aku benci kau sangat2!!!

Aku benci simpati!!aku cuma nak penyelesaian!!berhenti menasihati aku..aku dah penat dengar ceramah hidup aku dah macam sial..tak pernah berubah. Tak payah nak buat buat baik dengar cerita aku, simpati..aku benci lakonan palsu tu. Satu haram pun tak pernah nak mengubah mereka..hati aku ni tambah berkudis sebab luka yang tak pernah sembuh. Aku benci sangat kenapa mesti jadi macam ni.Baru nak kearah kebaikan selalu ja disekat dengan kelakuan sumbang keluarga aku. Lawak betul aku rasa. Lepas aku tenang aku kembali pada keadaan aku yang naïf pendiam dan merendah diri. Seolah-olah menerima ketentuan hidup aku penuh tekanan dan hancur lebur. Bila aku marah aku benci..aku keluarkan diri aku yang jahat ni!yang derhaka ni!!!Aku dah banyak kali tenangkan diri selawat..tapi hati kecil aku tetap memberontak.Buat aku tambah benci dengan dia!!!!Lawan rasa benci?tu yang aku buat..aku lawan..tapi bukan dengan sayang.Aku meluat dengar perkataan tu.aku siram rasa benci yang meluap-luap dengan buat sesuatu yang boleh buat aku lupa seketika rasa benci aku..(tentang perempuan sial tu.) Aku macam tak waras ja setiap kali aku masih dapat menahan marah yang meluap-luap setiap kali ternampak dia menggotorkan semula benda yang dah aku bersihkan, merosakkan benda yang aku susun dan atur, terdengar suara dia memaki dan melihat dia memukul sesuka hati. Aku benci dia!!!benci teramat sangat!arrghhh!!!

Aku nak menggamuk ja tak tentu pasal atau memaki sesuka hati.otak aku membeku dengan kemarahan ini.Otak aku selalu nak memberontak.Aku selalu fikir satu hari nanti aku harap2 aku dapat belasah dia sampai mati!!sampai aku puas hati!masa tu aku pastikan perempuan tak guna tu tak akan muncul depan mata aku atau keluarga aku.Aku benci abah!dia cakap nak halau perempuan tu!!berhentilah buat alasan!!!!Aku benci dengar semua tu!!tapi perempuan murahan tu masih tak tahu malu menyembah kaki abah.Pandai betul dia berlakon.Sial!!

Jalan yang aku pilih aku selalu menyakiti hati aku sendiri.Aku rasa macam aku nak rosakkan hidup aku!!Aku rasa macam nak mati awal ja!!Tapi dalam masa yang sama aku nak dia menderita. Aku buat benda2 menyakitkan hati dia..dia benci kalau aku bersihkan rumah atau masak. Benda tu yang aku selalu buat. Benda paling lawak aku dengar terpacul dari mulut haram dia, dia tak akan makan makanan yang aku masak sebab takut kena racun.Betapa banggangnya perempuan tu!!?aku tak lah sebodoh dia sampai nak meracun, aku waras lagi tak macam dia sikit2 nak lari dari rumah kalau bergaduh dengan abah tapi datang balik lepas tu ugut bunuh diri. Tak kah banggang dan bodoh namanya tu?Lepas tu ambil pisau kerat tangan sendiri semata-mata nak minta simpati abah. Aku harap dia mati.Harap sangat!!Lakonan dia nak membunuh diri selalu ja berjaya depan mata abah.Sial punya perempuan!!!kenapa tangan kau tak putus ja?kenapa kau tak mati ja terus?ada juga muka tak tahu malu dia terhegeh-hegeh macam haram kat rumah ni. dah tu berlagak macam tak ada apa yang berlaku lepas dah buat aksi berani mati.Arrrgh!!!!persetan punya perempuan!!!!aku benci dia!!”

Suara itu tiba-tiba berhenti.
Cermin itu semakin retak. Aku hanya mampu berdiri didepan cermin sambil berketar-ketar. Siapa dia??kenapa dia seiras aku??Kenapa dia panggil nama aku?

*****************************************************************

Friday, September 11, 2009

tentang aku


TENTANG akU



Aku terasa seperti bangkai
Sama seperti semalam..
Bernafas?
Masih bernyawa?
Bisik keluhan pedih
Kenapa tak tarik
saja nyawa yang tersisa..
Aku penat.
Aku letih...
Aku sesak..
Setiap rusukku,
Sendiku,
Urat malah tiap titis merah
Masih terasa pedih..
Sama seperti semalam..

Hari ini kau terus menyakiti aku
Kami...
Kata kata yang terpacul
cuma satu janji kosong!
Aku ingin berhenti berharap..
Aku penat....

Berhenti menangis!
Kenapa perlu menangis melihat aku begini?
Bukankah aku menjadi seperti yang kau mahu?
Demi kebahagiaan
kehancuran akan setia menjadi bayang-bayang
aku...

Gelap..
Hitam..
Padahal aku punya mata.
Aku menjadi buta..atau
mungkin sengaja menjadi buta?
Walau aku boleh melihat
Segalanya tetap gelap..

Biar..
Biar mataku yang bercerita

TAK MENGAPA

Aku tanpa sedar
mengagumi dirimu dalam diam,
mungkin takdir bagiku
mengenali dirimu,

Biarpun dari jauh
hanya mengagumimu
Aku bisa tersenyum sendiri
Melihat dirimu disitu.

Mungkin saja aku
yang mengerti
rasa ini
Aku ingin kau tahu
Namun sukar tuk kuungkap.

Telah lama kupendam
Perasaan itu
Yang kucari selama ini
Rupanya menatap
Lembut senyumanmu
Berharap rasa ini akan
Abadi selamanya..

Tidak mengapa jika
Hanya aku yang mencinta
Izinkan aku bahagia
Memiliki rasa ini
Terhadap dirimu..

Hingga hujung waktu
Aku ingin bahagia mencintai dirimu
Jika memang jalan takdirku
Hanya mengagumimu..
Tidak mengapa
Mencintaimu adalah
Bahagia untukku..

bulan ramadhan ini

Aku rasa ramadhan tahun ni lebih bermakna dari ramadhan seblom2 ni..sebab aku dapat berbuka posa kat rumah..stay kat rumah n berbaik ngan abah..Alhamdulillah, walaupun tak la banyak berubah kat rumah tapi bila aku leh bercakap ngan abah bagi aku satu permulaan yang baik untuk ramadhan tahun ni. Kalau diikutkan 3 tahun tue satu jangka masa yang lama untuk aku merajuk tak nak balik..dan bercakap..hurm..Alhamdulillah aku cuba buka hati belajar untuk menerima..dan belajar tentang sesuatu yang hilang..Semua ni aku belajar dari seseorang yang selalu ingatkan aku tentang senyum. Dia cakap aku berhak untuk hidup bahagia. Layak kah aku untuk bahagia? TERIMA KASIH..Tanpa aku sedar, aku dah banyak berubah menjadi lebih baik semua sebab kata2 dia. Tanpa sedar aku belajar untuk senyum..

Dalam senyum aku simpan luka..dah tiga orang tak ada kat sini, rumah tambah sunyi tanpa mereka. Aku bukan lupa..cuma aku teragak agak..atau mereka yang sengaja tinggalkan aku..Aku keliru.Tapi aku tetap tunggu. Kalau mereka tak akan ada..aku tetap tunggu.Tak apa la..yang penting dalam hati, aku tahu aku sayang mereka.

Hmm.. ntah la raya tahun ni aku raya kat rumah di sabah atau kat semenanjung? aku pun tak tau lagi..Dua tempat ni aku sayang. Kat sini aku membesar, kat sana aku dilahirkan..kat sini aku pernah terasa kehilangan..kat sana aku masih ada keluarga tapi bukan milik aku. Kalau korang kat tempat aku agaknya korang tak akan faham apa yang aku rasa..sebab aku faham tak semua orang faham apa yang aku rasa.Jadi aku tak kisah. Ramadhan ni aku luka..tapi Tuhan hapuskan luka tue dengan memberikan aku kebahagiaan dengan memperbaikan hubungan aku yang hilang.

tentang aku-monolog

Monolog


Cerita tentang AKU.. / Karya asal : yoyo.

Scene 1: set bilik tidur.
Lampu meja suram hanya bayang-bayang lelaki yang kelihatan.

Apa agaknya perasaan korang kalau korang berada di tempat aku sekarang? Pernah tak korang terfikir untuk berada ditempat orang lain untuk ketika ini? Aku berdoa aku menjadi orang lain. Aku terus berdoa sepanjang aku duduk bertelengku di sini. Sebab aku benci!aku marah!!aku sedih..Kesemua perasaan aku bercampur baur tapi entah mengapa hingga kesaat ini aku tak pernah mahu melenting atau melawan?Aku cuma mampu terdiam dan duduk di satu sudut yang sepi tu.Aku diam bukan bermakna aku bisu..aku juga ada hati dan perasaan,,Aku tahu apa itu perasaan sedih dan sakit..aku tahu perasaan marah dan benci..Mengadu?Untuk apa aku mengadu?kerana ia tak akan menyelesaikan masalah tekanan yang aku alami akibat keluarga aku. Dengan mengadu pada orang lain menagih simpati tak mungkin dapat mengubat hati aku yang berdarah disiat-siat ni. Aku tak nak orang lain faham apa yang aku rasa, sebab aku tahu tak semua orang akan memahami kesakitan aku. Mereka mungkin boleh merasa dan bersimpati tapi bukan mereka yang merasa sakitnya perasaan aku..tapi aku!aku!aku yang rasa!! Dan semua rasa tu menjadi ulat yang busuk mengigit-gigit hati aku setiap hari.

Scene 2 : set kerusi
Kelihatan lelaki duduk dikerusi di tengah pentas.

Cinta?kasih sayang?Rindu??Apa sebenarnya erti perkataan-perkataan kosong ni. Pada aku, ungkapan ni yang tak membawa apa-apa makna.(ketawa) hahaha..hei korang jangan salahkan aku, tapi salahkan mereka yang kononnya menjaga aku tu. Mereka tak pernah bawa aku kenal apa tu cinta. Hatta cinta kepada Tuhan atau cinta kepada manusia. Aku mungkin manusia paling keparat sebab buta tak mengenal Tuhan yang mencipta aku. Aku selalu terkeliru dengan perasaan aku sendiri. Adakah aku benar-benar punya Tuhan atau tidak. Nasib baik ada perempuan tu. Kerana dialah aku dapat mencari Nur Kasih-Nya. Kerana dialah aku mula percaya aku lahir didunia ada sebabnya. Bibirnya yang mungil dan semerah delima itu sentiasa kelihatan bergerak seolah-olah sedang berbisik mengatakan sesuatu. Entah bila masa, aku sendiri tak menyedari yang aku mula suka memerhati perempuan itu. Satu hari terdetik dalam hati aku untuk mendekati dirinya. Aku nekad. Perkataan pertama yang terpacul bodoh dimulut aku masa itu..

”Awak bercakap dengan siapa?” Perempuan itu sedikit tersenyum bila aku bertanya begitu.

Perempuan berambut pendek itu menyelak lembut rambutnya dengan rapi ketepi menampakkan pipinya yang putih gebu.Berzikir.Dia tengah berzikir katanya. Aku terkedu malu. Selama ini aku memerhati perempuan yang seolah-olah berbisik sendiri tu rupanya sedang berzikir. Perkenalan pertama yang aku sengajakan itu mendekatkan aku mengenal Tuhan. Jujur aku memang sedar lahirnya suatu perasaan indah padanya. Setiap kali dia tersenyum aku merasakan hati aku menjadi bahagia. Tapi?Tapi entahlah?aku sendiri tidak mengerti apa perasaan aku terhadap perempuan itu. Cinta?Sayang?Rindu?
Aku tak faham apa maksud perkataan ini.


Scene 3: set bilik tidur.
Lampu meja suram hanya bayang-bayang lelaki yang kelihatan. Muzik slow masuk perlahan-lahan.

Bapak aku mabuk lagi hari ini. Aku benci lelaki pemabuk!tapi aku bukanlah sebenci itu pada bapak aku. Aku cuma benci pada tegukan kencing setan yang dia minum tu setiap kali dia balik dari tempat kerja. Aku rasa sangat marah tapi aku terpaksa tahan dan telan dalam-dalam. Aku marah..ya!marah!!tersangat marah..!!entah?aku marah atau aku sedih??aku tak tau....Aku sendiri tak memahami perasaan aku sendiri. Rasa sakit yang meyekat pada ruang pernafasan aku menjadikan aku susah untuk bernafas, rasa benci membuak-buak, rasa pedih menusuk membuat aku lemas!!lemas dengan tekanan ini!Aku penat melihat sandiwara keluargaku yang berantakan.

...............................................................................................................................................

to be continued ..adeh..maleh nak menulis nantok daa...

SAKIT

Terkadang aku berfikir
Diri
tentang hati..
Sepertinya aku memahami
Namun nyata aku selalu
Menidakkan rasaku
Akukah manusia yang terasa
Ingin menyanyi
namun lagunya lara?
Sebentar datangi aku
Kemudian aku terbuang.
Aneh.
Akukah manusia yang punya hati.
Luka dengan rasa sendiri?
Sakit.
Akukah yang sakit..
Atau rasa ini yang menyakitkan?
Suara sumbang mengetus dari alir bisik
Terngiang bingit.

KENAPA MESTI AKU??

Aku Sakit!!Benci!Marah!aku rasa sengsara dan pedih macam ni!!Sakit!Sangat memeritkan sampai aku tak boleh nak tangggung kesakitan ni!Aku keliru kenapa mesti aku rasa macam ni??Aku diantara sakit dan marah..Semua perasaan ini yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa sekarang cuma sakit!Sakit hati!!sakit sangat sangat...Aku sakit faham tak??!kenapa nak buat aku rasa macam ni??kenapa korang tak pernah fikir apa perasaan aku?aku pun manusia aku tahu rasa sedih,rasa sakit.....jangan buat aku macam aku tak wujud di situ...!!

Kenapa?kenapa mesti aku yang rasa macam ni..huuu..aku benci bila aku nangis!!aku rasa diri aku sangat lemah!!!tolong la aku..cukup..hentikan semua bingit ni..cukup la..aku letih melihat semua ni.....aku dah teramat penat....setiap pukulan dan hentakan yang retak seakan memecahkan jantung aku yang berdenyut ni!Bukankah rumah tu sepatutnya membahagiakan??kenapa aku rasa tak berpeluang untuk menjadi bahagia. Jangan biar aku sunyi..Aku takut.Aku sangat takut sunyi. Aku takut bila aku mula membenci..aku akan berdendam..Bila aku hilang panduan...aku takut aku hilang dan jauh. Bila aku sesat siapa patut aku salahkan??bukankah mereka yang mendorong aku bertindak begini??mendorong aku untuk aku benci semua manusia..Kerana aku dibentuk dengan penuh rasa benci....tolong aku keluar dari sini..jangan biar aku bersendiri untuk menahan rasa sakit ni..