Monolog
Cerita tentang AKU.. / Karya asal : yoyo.
Scene 1: set bilik tidur.
Lampu meja suram hanya bayang-bayang lelaki yang kelihatan.
Apa agaknya perasaan korang kalau korang berada di tempat aku sekarang? Pernah tak korang terfikir untuk berada ditempat orang lain untuk ketika ini? Aku berdoa aku menjadi orang lain. Aku terus berdoa sepanjang aku duduk bertelengku di sini. Sebab aku benci!aku marah!!aku sedih..Kesemua perasaan aku bercampur baur tapi entah mengapa hingga kesaat ini aku tak pernah mahu melenting atau melawan?Aku cuma mampu terdiam dan duduk di satu sudut yang sepi tu.Aku diam bukan bermakna aku bisu..aku juga ada hati dan perasaan,,Aku tahu apa itu perasaan sedih dan sakit..aku tahu perasaan marah dan benci..Mengadu?Untuk apa aku mengadu?kerana ia tak akan menyelesaikan masalah tekanan yang aku alami akibat keluarga aku. Dengan mengadu pada orang lain menagih simpati tak mungkin dapat mengubat hati aku yang berdarah disiat-siat ni. Aku tak nak orang lain faham apa yang aku rasa, sebab aku tahu tak semua orang akan memahami kesakitan aku. Mereka mungkin boleh merasa dan bersimpati tapi bukan mereka yang merasa sakitnya perasaan aku..tapi aku!aku!aku yang rasa!! Dan semua rasa tu menjadi ulat yang busuk mengigit-gigit hati aku setiap hari.
Scene 2 : set kerusi
Kelihatan lelaki duduk dikerusi di tengah pentas.
Cinta?kasih sayang?Rindu??Apa sebenarnya erti perkataan-perkataan kosong ni. Pada aku, ungkapan ni yang tak membawa apa-apa makna.(ketawa) hahaha..hei korang jangan salahkan aku, tapi salahkan mereka yang kononnya menjaga aku tu. Mereka tak pernah bawa aku kenal apa tu cinta. Hatta cinta kepada Tuhan atau cinta kepada manusia. Aku mungkin manusia paling keparat sebab buta tak mengenal Tuhan yang mencipta aku. Aku selalu terkeliru dengan perasaan aku sendiri. Adakah aku benar-benar punya Tuhan atau tidak. Nasib baik ada perempuan tu. Kerana dialah aku dapat mencari Nur Kasih-Nya. Kerana dialah aku mula percaya aku lahir didunia ada sebabnya. Bibirnya yang mungil dan semerah delima itu sentiasa kelihatan bergerak seolah-olah sedang berbisik mengatakan sesuatu. Entah bila masa, aku sendiri tak menyedari yang aku mula suka memerhati perempuan itu. Satu hari terdetik dalam hati aku untuk mendekati dirinya. Aku nekad. Perkataan pertama yang terpacul bodoh dimulut aku masa itu..
”Awak bercakap dengan siapa?” Perempuan itu sedikit tersenyum bila aku bertanya begitu.
Perempuan berambut pendek itu menyelak lembut rambutnya dengan rapi ketepi menampakkan pipinya yang putih gebu.Berzikir.Dia tengah berzikir katanya. Aku terkedu malu. Selama ini aku memerhati perempuan yang seolah-olah berbisik sendiri tu rupanya sedang berzikir. Perkenalan pertama yang aku sengajakan itu mendekatkan aku mengenal Tuhan. Jujur aku memang sedar lahirnya suatu perasaan indah padanya. Setiap kali dia tersenyum aku merasakan hati aku menjadi bahagia. Tapi?Tapi entahlah?aku sendiri tidak mengerti apa perasaan aku terhadap perempuan itu. Cinta?Sayang?Rindu?
Aku tak faham apa maksud perkataan ini.
Scene 3: set bilik tidur.
Lampu meja suram hanya bayang-bayang lelaki yang kelihatan. Muzik slow masuk perlahan-lahan.
Bapak aku mabuk lagi hari ini. Aku benci lelaki pemabuk!tapi aku bukanlah sebenci itu pada bapak aku. Aku cuma benci pada tegukan kencing setan yang dia minum tu setiap kali dia balik dari tempat kerja. Aku rasa sangat marah tapi aku terpaksa tahan dan telan dalam-dalam. Aku marah..ya!marah!!tersangat marah..!!entah?aku marah atau aku sedih??aku tak tau....Aku sendiri tak memahami perasaan aku sendiri. Rasa sakit yang meyekat pada ruang pernafasan aku menjadikan aku susah untuk bernafas, rasa benci membuak-buak, rasa pedih menusuk membuat aku lemas!!lemas dengan tekanan ini!Aku penat melihat sandiwara keluargaku yang berantakan.
...............................................................................................................................................
to be continued ..adeh..maleh nak menulis nantok daa...
Friday, September 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment