Wednesday, September 30, 2009

CERMIN



“Siti..siti...”

Sayup kedengaran seperti nama aku dipanggil. Aku sengaja pekakkan telinga.

“Aku benci dia!!!”

Jeritan itu begitu kuat, cukup mengigit cuping telinga aku. Jantung aku macam nak gugur. Jeritan tu membuatkan nafas aku turun naik. Siapa?? Berhati-hati aku menoleh kekanan.Kosong?aku toleh ke kiri.Kosong juga. Tiba-tiba suara itu kedengaran lagi.

“Salahkan aku..”
“Terus salahkan aku...siti.”

Aku pandang cermin. Seiras seperti wajah aku terbias disitu. Suara didalam cermin itu yang berkata-kata? Aku bingung. Pandangan dia tajam seolah-olah ingin keluar dari situ. Aku tergamam dan berketar-ketar.

“Apa yang kau tengok hah?!”

Aku terdiam. Kemudian dia bersuara dan terus bersuara.

“Aku benci perempuan tu!Aku benci teramat sangat!!Aku tak faham kenapa aku keras hati nak memaafkan dia. Mungkin sebab aku tahu perangai dia yang keji sebab tu aku benci dia. Hari ni aku cuba leraikan kekusutan dan kebencian aku yang makin bertimbun dengan buat kerja rumah. Aku penat. Tapi bagi aku itu la salah satu cara nak menyirami rasa benci aku sekarang. Aku sengaja penatkan diri supaya aku dapat lawan rasa benci aku ni. Aku faham aku tak boleh lawan masa. Aku kena meluah..tapi aku dah penat la..aku dah penat sangat2 meluah, ludah, muntah sampai nak terburai usus aku meluah masalah rasa dendam bencii marah aku ni....semua rasa ni..buat aku muak!!Aarrgh!!mata aku nak tercabut bengkak menangis siang malam. Sampai kan satu tahap, aku rasa aku dah tak ada perasaan. Aku keliru antara perasaan benci, marah, dendam atau sedih..tapi semua ni tak akan berhenti.Malah aku tambah sakit..benci!berdendam!Sakit hati.Aku rasa sangat marah dan benci. Dada aku macam nak meletup!berdarah-darah!!Im bleeding without a sound.Shit!!aku benci dia!!Kemarahan terkumpul dalam hati aku ni..sejak aku kenal perkataan “mak” yg suci bagi semua orang yang sayang mak dorang. Aku tak mahu mak!faham tak!!Aku benci!!!Ada mak macam tak ada mak.!!Arrgh aku benci!!!! Bagi aku semua perempuan ja!!cemburu lebih!buta!!gila!!suka prasangka!bodoh!!Aku benci perempuan!!aku benci perkataan mak!!!!sial..Aku benci rasa ni!!!!aku benci setiap kali aku meluah!!aku benci bila aku tak boleh terima hakikat!!!Arrrgh!!!!kenapa nak lahirkan aku kalau nak buat hidup aku tersiksa macam ni??!!!Aku benci bila aku dalam keadaan marah macam ni..aku benci sangat2!!!

Aku jadi macam ni sebab kau yang lahirkan aku!Tak kah rasa rugi melahirkan aku??Haram!Sorry!Aku tak pernah kenal perkataan mak!Aku tak mahu langsung tahu sama ada aku, ada mak atau tiada mak!!!Aku tak mahu terima hakikat aku lahir oleh perempuan bernama mak!!aku tak kenal mak aku jadi jangan nak menjadi mak kepada aku!!Jangan nak menasihati aku..aku muak!!Biarpun orang cakap mak tu orang yang mulia..Pada pergi jahanam perkataan tu!!aku tak mahu mengaku sebab aku tak pernah kenal kemuliaan tu!!!Jangan nak kata kalau aku tak ada mak, ada orang lain yang boleh sayang aku atau anggap aku macam anak sendiri, boleh jadi mak aku..Shut up!shiiit!aku tak mahu dengar!!Sesiapa pun cuba jadi mak aku, tak akan sama dengan siapa yang lahirkan aku. Dan dia tak pernah pun jadi mak!!Aku benci!!Aku benci rasa ni sekarang!!aku benci rasa marah!aku benci bila aku kecewa!!!sial!!Hidup sendiri lagi bahagia..dari hidup berkeluarga!!!aku bencii sangat2!!aku tak akan salahkan sesipapun kalau aku mati sebelum lahir!!jadi kenapa nak lahirkan aku?kenapa biarkan aku hilang pedoman macam bodoh!Jangan nak menasihati mengajar aku..atau memberi aku rasa sayang kononnya macam seorang mak..seorang pun tak layak jadi mak aku!!
Ya!!Memang aku sedar aku derhaka!Aku sangat derhaka sebab aku cakap macam ni. Aku derhaka bila mempertahankan adik-adik aku dari mati dipukul..Dia memang macam sial!!Perempuan tak guna hidup!!Aku derhaka?memang!!aku derhaka bila adik-adik aku dibiarkan kelaparan!!aku derhaka biia dia maki adik-adik aku dan aku!!!Aku ada di sini mencarut sebab dibesarkan dengan cara ini.Jangan salahkan diri korang yang mulia tu.Salahkan aku..!Aku dah biasa disalahkan.Ya!!teruskan.!!sebab aku dah lali kena maki sumpah seranah..cerca!Aku lah selayaknya di maki dan disalahkan!!Sebab aku yang tak dididik seperti anak2 baik.Aku benci!!Benci sangat.Seluruh ruang hati aku penuh dendam membenci!!!Suara aku tak pernah nak difahami.Asyik-asyik nak aku saja yang faham keadaan.Kenapa mesti aku yang kena faham keadaan??kenapa??!!macam mana dengan keeadaan aku??macam mana dengan perasaan aku?!!Mak bapak aku cuma nak anak dorang ja dengar cakap dorang. Cakap anak dorang, haramlah nak dengar! Dorang hanya nak aku yang mengerti keadaan dorang.Habis aku??ada tak mengerti apa yang aku nak??apa yang aku rasa?apa yang aku luah?Korang hanya nak bercakap tentang korang dan nak aku ja faham!!Aku benci muak..!!!!memang aku derhaka!!itu memang kau nak kan?itu bayang kau nak aku buktikan!Tak guna punya perempuan!!Aku benci kau sangat2!!!

Aku benci simpati!!aku cuma nak penyelesaian!!berhenti menasihati aku..aku dah penat dengar ceramah hidup aku dah macam sial..tak pernah berubah. Tak payah nak buat buat baik dengar cerita aku, simpati..aku benci lakonan palsu tu. Satu haram pun tak pernah nak mengubah mereka..hati aku ni tambah berkudis sebab luka yang tak pernah sembuh. Aku benci sangat kenapa mesti jadi macam ni.Baru nak kearah kebaikan selalu ja disekat dengan kelakuan sumbang keluarga aku. Lawak betul aku rasa. Lepas aku tenang aku kembali pada keadaan aku yang naïf pendiam dan merendah diri. Seolah-olah menerima ketentuan hidup aku penuh tekanan dan hancur lebur. Bila aku marah aku benci..aku keluarkan diri aku yang jahat ni!yang derhaka ni!!!Aku dah banyak kali tenangkan diri selawat..tapi hati kecil aku tetap memberontak.Buat aku tambah benci dengan dia!!!!Lawan rasa benci?tu yang aku buat..aku lawan..tapi bukan dengan sayang.Aku meluat dengar perkataan tu.aku siram rasa benci yang meluap-luap dengan buat sesuatu yang boleh buat aku lupa seketika rasa benci aku..(tentang perempuan sial tu.) Aku macam tak waras ja setiap kali aku masih dapat menahan marah yang meluap-luap setiap kali ternampak dia menggotorkan semula benda yang dah aku bersihkan, merosakkan benda yang aku susun dan atur, terdengar suara dia memaki dan melihat dia memukul sesuka hati. Aku benci dia!!!benci teramat sangat!arrghhh!!!

Aku nak menggamuk ja tak tentu pasal atau memaki sesuka hati.otak aku membeku dengan kemarahan ini.Otak aku selalu nak memberontak.Aku selalu fikir satu hari nanti aku harap2 aku dapat belasah dia sampai mati!!sampai aku puas hati!masa tu aku pastikan perempuan tak guna tu tak akan muncul depan mata aku atau keluarga aku.Aku benci abah!dia cakap nak halau perempuan tu!!berhentilah buat alasan!!!!Aku benci dengar semua tu!!tapi perempuan murahan tu masih tak tahu malu menyembah kaki abah.Pandai betul dia berlakon.Sial!!

Jalan yang aku pilih aku selalu menyakiti hati aku sendiri.Aku rasa macam aku nak rosakkan hidup aku!!Aku rasa macam nak mati awal ja!!Tapi dalam masa yang sama aku nak dia menderita. Aku buat benda2 menyakitkan hati dia..dia benci kalau aku bersihkan rumah atau masak. Benda tu yang aku selalu buat. Benda paling lawak aku dengar terpacul dari mulut haram dia, dia tak akan makan makanan yang aku masak sebab takut kena racun.Betapa banggangnya perempuan tu!!?aku tak lah sebodoh dia sampai nak meracun, aku waras lagi tak macam dia sikit2 nak lari dari rumah kalau bergaduh dengan abah tapi datang balik lepas tu ugut bunuh diri. Tak kah banggang dan bodoh namanya tu?Lepas tu ambil pisau kerat tangan sendiri semata-mata nak minta simpati abah. Aku harap dia mati.Harap sangat!!Lakonan dia nak membunuh diri selalu ja berjaya depan mata abah.Sial punya perempuan!!!kenapa tangan kau tak putus ja?kenapa kau tak mati ja terus?ada juga muka tak tahu malu dia terhegeh-hegeh macam haram kat rumah ni. dah tu berlagak macam tak ada apa yang berlaku lepas dah buat aksi berani mati.Arrrgh!!!!persetan punya perempuan!!!!aku benci dia!!”

Suara itu tiba-tiba berhenti.
Cermin itu semakin retak. Aku hanya mampu berdiri didepan cermin sambil berketar-ketar. Siapa dia??kenapa dia seiras aku??Kenapa dia panggil nama aku?

*****************************************************************

2 comments:

  1. Memang benar kata-kata pujangga yang mengatakan 'Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya'. Doamu termakbul my friend. Look where you stand right now. May the almighty God will always bless you!

    ReplyDelete